Suprima S

PROTON_Suprima_R_Rear

Pengeluar kereta nasional, Proton hari ini melancarkan model terbaru syarikat itu Suprima S, 16 bulan selepas pelancaran Proton Preve.

Model hatchback 5 pintu ini merupakan kesinambungan daripada model Preve dan dijual pada harga antara RM 76,000 bagi model Eksekutif dan RM 80,000 bagi model Premium.

Dibangunkan dengan kos dua ratus juta ringgit, model berkenaan mendapat penarafan lima bintang “New Car Assessment Programmed” dari Australia, NCAP.

Suprima S turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi seperti sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik.

Dijana enjin turbo 1.6 liter, ia dikategorikan sebagai kereta bertaraf dunia dengan harga berpatutan.

Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad Tan Sri Mohd Kamil Jamil berkata, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 750 unit sebulan bagi pasaran tempatan.

“Kami juga melihat pasaran eksport secepat mungkin, mungkin dalam tahun ini. Kami ada polisi dimana selepas pelancaran sesuatu model ia akan menembusi pasaran luar dalam tempoh 6 bulan,”

“Kami menyasarkan pasaran di Asia Pasifik pada masa ini, dan mungkin kita akan bermula dengan rantau Asia,” katanya selepas menyaksikan majlis perasmian model itu di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohammad dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Jelasnya buat ketika ini Proton meletakkan sasaran untuk memasarkan model berkenaan ke tiga negara, Indonesia, Thailand Dan Australia.

Bagaimanapun pihaknya akan memenuhi permintaan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum memasarkan ke luar negara.

Model berkenaan dilancar bagi memenuhi permintaan pasaran mereka yang meminati model dengan gaya “sporty”.

Tambah Kamil, Proton Suprima S kini terdapat di bilik pameran proton seluruh negara bermula hari ini.

Sementara itu Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelancaran model terbaru Proton itu diharap dapat mengikis persepsi bahawa Proton mengeluarkan kereta tidak bermutu.

Jelasnya model terbaru Proton itu menepati piawaian antarabangsa dan harus dibanggakan.

“Proton bukan mengeluarkan cheap low quality car, kita mengeluarkan kualiti yang sama seperti dengan pengeluar ternama, harganya walaupun tidaklah semurah seperti yang dikehendaki tapi dia affordable,” katanya.

Proton Suprima S mampu menarik minat khususnya golongan muda yang dilihat lebih menggemari kereta berbentuk hatchback berbanding sedan.

(sumber : astro awani)


71 thoughts on “Suprima S

    kimi said:
    February 2, 2021 at 10:19 am

    guys nak share saya ada jumpa satu website ni yang menyedia kan sales advisor proton di setiap kawasan , saya dah deal dengan s.a dalam tu memang mudah ,

    https://proton.my/

    korang boleh lah tempah kereta dekat situ

    Den said:
    February 8, 2017 at 12:03 pm

    Nisbah pengguna Suprima 100 keluaran 1 je pembeli sebab ramai trus amik preve tpi lebih ramai pilih saga n persona

      Fitri said:
      November 7, 2017 at 10:44 pm

      Klu harga proton lagi mahal dari keta jepun, kurang sambutan… beli keta dlm negara sendiri pon mahal adoi… cukai punya pasal.

    Roy said:
    January 24, 2017 at 10:05 am

    Forum saga lama,tiara,juara bukan rmai pkai lagi dh zaman skag ni part pun ssah nk jmpa, tukar je kpda forum waja,perdana n wira (1.3-1.8cc). Satria 2 buat all bukan khas GTI je. Suprima pun xrmai yg guna klau rmai pun diaorg blog lain. (Arena boleh join forum wira n putra join forum wira/perdana)

    K3VET said:
    January 21, 2017 at 5:29 pm

    takde ke yang nak cerita pasal OCH. Dengar group sebelah dah panas hati pasal isu OCH yang tak settle2 lagi ni.

    john said:
    January 6, 2017 at 11:35 am

    Dah ada sedan n kompak kereta buatan proton.

    Dulu
    Wira/putra sedan/aeroback btukar kpda model satria(kompak)
    Saga/iswara sedan btukar jadi aeroback

    Sekarang
    Saga blm utk sedan jadi savvy utk kompak
    Gen 2/persona utk sedan jadi Neo utk kompak
    Preve utk sedan jadi suprima utk kompak
    Saga/persona baru utk sedan jadi iriz utk kompak

    Xlama g
    Perdana baru utk sedan jadi Zarra utk kompak

    amirul said:
    October 5, 2016 at 11:25 am

    80K amik accord second je thun 2011/2012 xpun camry pun boleh nak best g fairlady 2005 bwah 55k

      surbo said:
      December 2, 2016 at 4:22 pm

      so far suprima ok tpi preve pun sama je baik amik preve sedan skit murah skit coz suprima dkt 80k++ baik trus amik inspira/new perdana 2.0cc

      Fitri said:
      October 24, 2017 at 6:21 pm

      Harga mmg lebih murah bro ikut tahun, tapi bila beli sparepart menagis… anak bini xmkn jadinye… ikut kemampuan.

    jklmnop said:
    September 11, 2016 at 11:45 pm

    Saga flx dicintai ramai

    Abg jklmnop mashey said:
    September 10, 2016 at 8:00 pm

    Berita tergempar!!!
    Saga FLX sangat jimat

    Pak cik trumph said:
    August 21, 2016 at 1:03 am

    Saga flx cukup hebat

    Pakcik jklmnop said:
    August 21, 2016 at 12:59 am

    Saga flx sngat hebat betul

    Jklmnop said:
    August 8, 2016 at 2:07 pm

    Nk mandi boleh?

    Roger said:
    May 13, 2016 at 3:11 pm

    Gaya luar & dalam cukup menawan. Cuma engine, ecu & wiring kena pakai 4G**.
    Look east (jepun) & jangan salah kawan dengan Europe atau barat, jadi gelap masa depan.

    jklmnop said:
    April 22, 2016 at 8:58 pm

    Nk kentut

    Helmy said:
    April 7, 2016 at 12:39 am

    Bila baca komen u ols bro n sis nak tergelak dibuatnya haiii mana pihak berwajib ni cepatlah baiki kelemahan kereta nasional. Tp knp kereta ni tak rmai org guna kat atas jalan ea…. Kalau nk ambil pun alang2 biar full spect n puas hati la rm 80k mampu lagi.. Insyallah

      lenchai said:
      November 22, 2016 at 3:12 pm

      2 je yg dia tmampu janji teduh dari hujan n panas selamat smpai ke destinasi di tuju.

      Fitri said:
      October 24, 2017 at 6:27 pm

      Klu harga proton melebihi harga kereta jepun… mmg kurang sambutan… sbb kereta buatan dlm negara lagi mahal dari kereta luar negara… tpi ramai kita xperasan selain harga kereta kna usha2 jgk harga spare part.

Leave a comment