Gen2

Apa Komen Anda Tentang Proton Gen2? Sekiranya ada, bolehlah kita berkongsi pengalaman suka duka anda dengan kereta proton ini.. Gen2


1,918 thoughts on “Gen2

    Kaloi said:
    February 7, 2017 at 11:45 am

    Salam. Saya pernah kene masalah ni. Senang je nak settlekan. Bawa kereta pergi jumpa wayerman. Mintak dia buat pemeriksaan current leakage. Masalahnya ialah pada captor. Gen 2 ni dtg sekali dgn GPS tracking system. Masalahnya unit banyak guna tenaga elektrik, lebih2 lagi kalau dah ada kerosakan. Suruh dia tanggalkan alat tu InsyaAllah problem settle. Unit tu duduknya di bawah seat penumpang depan sebelah kiri sekali dgn alarm system. Kalau dah buang sebulan tak start kereta pun battery steady je. Harap bermanafaat 🙂

      some one said:
      February 7, 2017 at 2:18 pm

      Tips yg menarik

    FMF Auto Garage said:
    February 7, 2017 at 10:49 am

    Kepada Pengguna Kenderaan Proton Enjin Campro
    (Persona/Gen2/Waja Campro/Neo/Blm,Fl,Flx/Exora/Preve/Suprima S)
    -TB service & respon
    -Paddle respon
    -IAFM repair
    -Minor service / wayering
    -Major service
    -ECU scaning (PDT)
    -Parts sale
    -Modification car
    -Other
    Service yg ditawarkan bagi yg berminat atau sedang mengalami masalah kenderaan atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi wakil kami ikut kawasan anda. Jika ingin membuat sebarang tempahan boleh membuat temujanji bersama wakil kami.

    Bro Qaixer 0167308748 (B,Pahat/J.B)
    Nizwan 0126063426 (S.Alam/TTDI Jaya)
    Zulhazim 0162206344 (Cheras/Ampang)
    Firdaus 0139101043 (Terengganu/Subang Jaya)
    Khairol 0162641670 / Amy 01126564814 (Perak)
    Fakhrul 0133562796 (Temerloh/Mentakab)

    *Kepuasan Anda Keutamaan Kami.

    Naz said:
    February 6, 2017 at 11:45 am

    Kalau nak beli Kena tgk btl2 condition kereta.beli manual lbh Baik maintanent x mhl.beli auto bkn x bgs Tapi sensor lbh byk.so maintenance tggi sikit.benda TG prlu dilihat fuel pump.fuel filter.minyak gear.coil.kabel plug.yg pntg maintenance kene Cantik install Allah Selamat.sparepart senang.tp kene cari Kedai YG BTL.

      rushaidi@eddy said:
      February 6, 2017 at 11:55 am

      Pembetulan skit Insha Allah hihi

      rushaidi@eddy said:
      February 6, 2017 at 11:59 am

      Btul manual lebih senang xbyak ragam tapi tgk gak sejarah tdahulu cmne r tpi secondhand ni manual lebih mudah di jaga n kos rendah skit. Mnyak GB pun pkai 2-3liter je hrga pling mhal pun RM60 je bbnding auto nk kena pkai skurangnya 5 liter n 1 liter sja RM40x5liter=RM200 huhu.tmbahan g kreta scondhand ni tgk ada minyak leaking di mana2 bhgian kritikal x tkut akan mlibatkan overhall dkemudian hari.

    suhaimi said:
    February 6, 2017 at 11:24 am

    as-salam ..sy guna gen2 2005 baru ini ada masalah tak hidup..bateri dah tukar..altenator tukar..asalkan pagi tekan alarm memang tak ada langsunglah bila jumper baru boleh hidup…boleh kawan2 bg tahu apa masalahnya…???

      rushaidi@eddy said:
      February 6, 2017 at 11:37 am

      wsalam. Bteri n alternator baru tpi xboleh start. Msa start ada bnyi krek2 cm besi bgesel x? Kalau ada maknanya startet problem. Starter ni sma je cm alternator ada karbon. Klau starter ok mybe relay alternator kong/ptus 2 alternator xdpt cas bateri n xdpt start.

    yop said:
    February 2, 2017 at 9:13 am

    salam kawan2 nak tanye…. ape tanda2 fan gen2 rosak yee…. kekadang tengah jalan bunyi fan terlalu kuat.. klu ttp ekon diam lak… pastu pasang balik ok la fan tu… adekah tu tanda2 fan rosak??

      zaid said:
      February 2, 2017 at 9:18 am

      Try tgk hari ni cmne. Klau msih sama cm mlam tdi mybe r tu klau x mybe kpas ada tsangkut apa2 sperti krtas/plastik

    Said said:
    February 1, 2017 at 8:24 am

    Alhamdulillah. Mulakan pagi anda dengan bacaan 4kul & al-fatihah. Moga dhindari dari pbuatan xbaik sma ada dri/org lain. Amin.

    gomen say said:
    January 31, 2017 at 9:58 pm

    Jaga2lah minyak dah naik 20sen. Najib2. Tol naik brag naik smua naik gji xnaik2. Nk ikut negara luar tpi diaorg dhulukn rkyat diaorg n gji diaorg naik ko ada naikkn. Naikkn drah je r. Akan dtg t org nk pkai saga pun hrga dh cm bli vios tgk r t. Dkat nk undi je baru smua ni trun skit2 pas 2 naik mdadak gile2. Amik r blik br1m ko 2 xhingin je sbb ko bgi bukan ikhlas pun dh stndby yg ni naik brag n bhan api n yg ni saman2. Xde aku nk undi je t

    Don Daniel said:
    January 20, 2017 at 8:30 am

    Aku search google n aku jumpa ni. Boleh r kita rujuk sama2 utk masa akan datang kalau ada problem.

    Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-

    1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
    2)Sensor Kawalan Enjin

    Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,

    Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.

    Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.

    1) Throttle Position Sensor

    Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.

    2) Knock sensor

    Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage dari knock sensor akan memudahkan enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

    Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

    3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

    Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

    4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

    Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan.

    5) Camshaft Position Sensor

    Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api) supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

    Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

    Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

    6) Coolant Sensor (CTS)

    CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

    7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

    Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagaln sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

    8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

    Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

    Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

    9) Speed Sensor

    Speed sensor berada pada 2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.

    10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

    IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

    Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara

    Fuad said:
    January 20, 2017 at 12:05 am

    salam semua…mintak tolong pada otai yg tau pasal keta ni..saya pakai gen2 manual tahun 2006..masalah keta ni bila bawak ok..tapi bila tekan break or tekan clutch utk drop gear, rpm jatuh mendadak. kena pandai main clutch..kalau tak enjin akan mati…byk kedai tanye ada yg ckp cuci trottle body..dah cuci tapi masih sama… ada pomen suruh tukar trottle body baru tapi saya hold sebab saya kena double. confirm dulu masalah ni..saya tanya pada en arsad mekanik tu dia kata tukar airflow sensor..bila saya tanye pomen dia kata gen2 tak pakai airflow sensor…aduhhh buntu dah ni. harap ada yg tahu masalah kereta saya ini. terima kasih

      Rahim said:
      February 15, 2017 at 1:57 am

      tukar camshaft sensor

        Rahim said:
        February 15, 2017 at 2:01 am

        masalah anda sama macam masalah kete gen2 saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s