Saga FL/FLX

Apa Komen Anda Tentang Proton Saga FL/FLX? Sekiranya ada, bolehlah kita berkongsi pengalaman suka duka anda dengan kereta proton ini..


4,246 thoughts on “Saga FL/FLX

    shahrulhafiz said:
    July 24, 2017 at 8:57 am

    tumpang tanya..saya beli kereta proton saga fl tahun 2013…tp semalam (23 julai 2017) kipas radiator tidak berpusing dan mengakibatkan suhu enjin naik…sy adjust soket ok da…tp lepas bawa kereta nk off enjin kipas radiator mengambil masa yg agak lama tuk padam sndri…ap puncanya ya?

    Ronaldino said:
    July 21, 2017 at 7:18 pm

    Knpe tamibelle krta proton saga selalu rosak…….melainkan sudah digantik….

    Ronaldino said:
    July 21, 2017 at 7:16 pm

    Tami below krta printing saga selalu disak.mepaikan sudah ganti

    Dain said:
    July 15, 2017 at 1:14 am

    Kenapa ultraman fire rakcace ble da lampu merah je ea.. Bodo la ultraman

    Steve said:
    July 11, 2017 at 6:55 pm

    Proton oh proton, kenapalah engkau cuma cantik luaran tapi teruk dalaman.

    Macam tertipu pula bila percaya dengan iklan iklan yang engkau buat itu.
    Logo saja nampak hebat, tetapi kualiti cap ayam.

    Ah…lepas kereta proton saga yang satu ni berlalu, saya tak nak layan jenama proton lagi dah.
    Because no save value, duit selalu keluar bagi workshop mana ada save value.

      TT said:
      July 12, 2017 at 8:24 am

      Kelakar aku tgk ko ni meracau sne sni. Xnk pkai dah lah bukan rugi apa pun. Ni dok meracau sne sni dok buat provok pas tu tnggalkn blog ni xbaca blik haha. G r complain dkt HQ sne pastu s.k surat kpda menteri KPDNKK, PM pastu media. Msti cepat ambil action.

    Steve said:
    July 11, 2017 at 6:50 pm

    Kalau ada rezeki di kemudian hari saya nak beli kereta perodua bezza 1.3 saja, kereta proton saga tak nak dah padahal kedua dua kereta tu harganya lebih kurang sama je.

    Kalau tak beli bezza, beli myvi 1.3 pun dah cukup.
    Jenama proton tu membazirkan wang rakyat saja, bila takampu bersaing dan menanggung kerugian, kerajaan belanjakan wang untuk membantu proton tapi wang itu wang rakyat yang kerajaan kutip melalui sistem percukaian.

    Hentikan saja proton tu, tak berbaloi nak teruskan kerana menjadi beban.
    Atau kalau tak pun, juallah proton tu dekat syarikat pengeluar kereta terkemuka negara luar, biar mereka pulihkan semula kualiti dan juga jenama proton.

    Bazir wang saja.

      TT said:
      July 12, 2017 at 8:21 am

      Klau bab handling mne mnag? Alang2 trus enjut vios je r snag 1x modal. Ni mmg skang dah share partner ngn geely dah

    Steve said:
    July 11, 2017 at 6:38 pm

    Gearbox CVT proton saga FLX pun teruk sangat, jangan jangan gearbox CVT itu pun buatan china juga kot sebab banyak part proton adalah buatan china dari enjin sampai kepada suis power window, kualitinya kurang baik.
    Kalau gearbox made in germany taklah seteruk gearbox CVT made in china rasanya, sebab setahu saya semua pengilang kereta akan menempah gearbox dari pengilang gearbox di german.
    Engineer dalam proton untuk bahagian gearbox dan enjin tak cukup pakar rasanya, sedangkan body proton pun masih kurang mantap, kalau naik proton saga FLX dan memandu di highway, bunyi tayar yang berpusing di atas jalan tu punyalah bising walaupun ketika kita menutup tingkap.
    Myvi okay lagi taklah bising sangat, sistem suspensi proton saga pun kurang mantap, hampa saya dibuatnya dah lah kereta sedan tapi tiada kualiti.

    Pernah suatu berkali kali terjadi sewaktu saya mula bergerak dengan saga FLX 1.3, saya masukkan gear (D) kemudian lepaskan brek dan tekan minyak, nak tahu apa yang jadi ?
    Mula mula tekan minyak tu bunyi enjin kuat macam tak bunyi ketika gear pada kedudukan neutral, kemudian bila gear tu masuk main sentap je sampai dengar bunyi besi gear gear itu berhentam seolah olah kita tekan minyak sambil masukkan gear (gear manual), hah…itulah masalah gearbox CVT proton ni.
    Teknogi CVT memang teruk, tapi dalam youtube mereka ceritakan teknologi gearbox CVT tu lebih baik daripada teknologi gearbox manual atau auto yang lama dari segi prestasi dan pick up nya.
    Saya pernah bawa kereta perodua myvi 1.5 se gearbox auto dulu, tapi tak ada kes macam gearbox CVT proton saga FLX 1.3 ni.

    Bagi saya jenama proton tu jenama cap ayam je, reka bentuk keretanya yang terbaru saja nampak cantik tetapi kualitinya tak cukup tinggi.

      TT said:
      July 12, 2017 at 8:12 am

      Myvi 1.5 compare ngn saga 1.3 hm cm ne tu? GB saga ni buatan punch model dlu jatco, jatco ni nissan. Dah tau cap ayam pulang je lah blik kreta tu dkt owner lma snang cte xyah pning pale. Byaran bulanan anggap je sbgai sewa bulanan. Oklah tu 1bulan byar RM400 klau sewa dkt luar 1hri je RM150 huhu. Saga hang punya hal jgn babitkan model lain plak. Mrahkan kereta hang jgn r babitkan smua model plak. Muhasabah dtimpa sdikit musibah. Persona aku ok je. persona xbyak ragam. Lain kali nk pkai CVT kaji dlu tknologi CVT ni. Klau dok tukar mnyak CVT je tpi filter xpernah tukar mmg jhanam r CVT tu. Bgi r model apa pun sma je klau tu pun xbuat.

    Steve said:
    July 11, 2017 at 6:13 pm

    Part kereta proton adalah part buatan china.
    Throttle body saga tu pun buatan china jugak, banyak partnya yang buatan china, cuma gearbox saja buatan germany dan selebihnya buatan tempatan.

    Saga yang saya guna pun sama, waktu start enjin kadang kadang rpm naik, kadang kadang juga enjin bergegar dulu kemudian mati dan lepas tu tak boleh nak start dah.
    Saya selesaikan masalah tak boleh start tu dengan mengerakkan gear dari (P) masuk ke (D) dan (N) terus boleh start.
    Setiap kali bila tak boleh start saya guna method macam tu gerakkan gear auto tu dulu kemudian masuk ke (N) atau ke (P) baru boleh start.
    Saya jumpa fomen dan tanya mereka apa masalah kalau tak boleh start dan saya ceritakan bagaimana saya selesaikan masalah tu supaya boleh start.
    Fomen kata biasanya itu masalah bush tuil gear tersebut, kadang gear tak masuk kepada kedudukan yang sepatutnya.
    So cara yang saya gunakan tadi iaitu mengerakkan gear adalah betul dan berkesan.
    Ah…maklumlah kereta proton ni rupa dia saja cantik tetapi tak ada kualiti, kereta baru 3 tahun dah buat macam macam problem mana nak sama dengan kualiti kereta jepun ?
    Suis power window pun saya dah tukar sekali.
    Saya nak bagitahu, enjin CVT memang tak berapa elok kualitinya….negara lain dah guna CVT kita pula baru guna.
    Syarikat kereta Toyota di Jepun dah pakai teknologi VVT-i, proton baru saja pakai teknologi VVT.
    Kalau banding dengan kereta perodua dan proton, baik beli kereta perodua kerana ianya menggunakan enjin toyota untuk model terbaru sekarang dengan teknologi enjin VVT-i.
    Menyesal saya beli kereta proton ni, nak buat scrap tak boleh sebab hutang loan masih banyak tambahan pula kereta ni atas nama orang lain, saya just sambung bayar saja.

      TT said:
      July 12, 2017 at 8:05 am

      Mmglah xboleh compare bro ngn buatan japan. Tgk r plak japan dah brapa lama bertapak dlam dunia permotoran sebab tu japan ada pelbagai jenama (nissan,honda,toyota,mazda,mitsubhisi,infiniti,lexus dll) Kita di malaysia juz proton je. Perodua ok pun psal enjin je swap salin 100% teknologi toyota sebab tu bila owner perodua drive diaorg rsa bngga n laju semacam seolah2 drive VW wlapun juz guna axia je. Perodua mmg body ringan tknologi enjin dari toyota tpi bab kluasan n keselesaan & lasak xde pun. Alza, wlapun model mpv xluas sperti model2 mpv lain. Aircond depan je tgah n blakng xde. Org blakng skali pnas, tmpat dduk smpit. Lasak, naik 3 org dewasa di belakng bgi myvi depan terjongket belakang mendap. Klau dari segi tknologi buatan korea lagi ke depan tpi bab pmbelian mmg mhal jualan merundum teruk dri tknologi japan. Xtau apa msalahnya.

      aboy said:
      July 12, 2017 at 8:29 am

      Steve sama r cm ko buatan cina gak haha.

    wan said:
    June 30, 2017 at 3:00 pm

    saya punya saga flx x boleh hidup sebb kunci jatuh…bawa pg sc komputer x dpat detact…gear d (P) tapi d meter tunjuk (-)…kenapa ya…minta bantuan

      Roy said:
      July 9, 2017 at 10:21 pm

      Kurang pasti, saya punya saga flx 4 tahun dah, tapi belum pernah ada masalah spt ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s