Exora

Apa Komen Anda Tentang Proton Exora? Sekiranya ada, bolehlah kita berkongsi pengalaman suka duka anda dengan kereta proton ini..exora


4,003 thoughts on “Exora

    husni said:
    March 15, 2017 at 8:48 am

    satu lagi masalah exora saya..kadang2 nk start semula selepas matikan engine, terpaksa on suis lama sikit baru hidup..tidak seperti permulaan start kali pertama..apa masalahnya ni tuan?

    husni said:
    March 15, 2017 at 8:44 am

    TQVM

    husni said:
    March 14, 2017 at 12:05 pm

    brp rm satu set motor wiper?

      Mekanik Kereta said:
      March 14, 2017 at 3:31 pm

      rm300

        Aziz bin Daud said:
        February 22, 2022 at 8:39 am

        Selepas menukar timing belt pd 12/02/2022 pada 21/02/2022 kereta sya tetiba Mati dan rpm terus mwnjunam ke no 8 .Bawa bengkel tukar crank sensor namun msh gagal Gak berfungsi seperti biasa ..enjin boleh dihidupkan Bila gear ditukar pd D enjin Mati..apakah punca sebenar masalah kereta exora bold tu..

      eb_user said:
      August 22, 2019 at 3:58 pm

      Kenkadang wiper x jalan boleh repair. Pernah jadi & repair. Bush yg pegang rod/shaft wiper to loose@longgar. Pomen palam bagi mati terus dgn welding. Boleh pakai balik. Upah labour jer rm40 πŸ™‚

      Man said:
      December 3, 2021 at 12:20 pm

      Kereta exora cps sya ada problem dimana kekadang tiba ianya bergerak laju dgn sendiri ya walaupun sya tidak menekan padle minyak. Tetapi seperti sya full trottle walhal sya tekan brake kerana kenderaan melaju dgn sendiri ya dan tidak blh dihentikan. Jika ini berlaku sya akan tekan brake sehabis2 nya n tukar ke gear N dari D dan matikan enjin kerana dia tetap mengaum walaupun dlm keadaan neutral gear tanpa tekan padle minyak. Sya juga terpaksa buka salah satu wayer bttry untuk beberapa ketika dan pasang semula Baru dia normal semula. Apa masaalahnya tuan

    husni said:
    March 14, 2017 at 9:21 am

    kete exora saya..wiper kena guna tekan turunkan butang yang ke 3 baru jalan..apa masalahnya yerk?

    Nick name kena tukar baru boleh copy da said:
    February 28, 2017 at 10:31 am

    Sekadar Perkongsian Sahaja.

    Berapakah Kadar Bacaan Odometer Minyak Anda? (Ron 95 RM2.30/Liter)

    5liter/100km = 20km/liter =0.12sen/1km
    5.2liter/100km = 19.2km/liter = 0.12sen/1km
    5.5liter/100km = 18.2km/liter = 0.13sen/1km
    5.8liter/100km = 17.3km/liter = 0.13sen/1km
    6liter/100km = 16.6km/liter = 0.14sen/1km
    6.3liter/100km = 15.9km/liter = 0.14sen/1km
    6.6liter/100km = 15.2km/liter = 0.15sen/1km
    6.8liter/100km = 14.7km/liter = 0.16sen/1km
    7liter/100km = 14.3km/liter = 0.16sen/1km
    7.2liter/100km = 13.9km/liter = 0.17sen/1km
    7.4liter/100km = 13.5km/liter = 0.17sen/1km (Kadar kenderaan saya dari 1.6cc)
    7.6liter/100km = 13.2km/liter = 0.17sen/1km
    7.8liter/100km = 12.8km/liter = 0.18sen/1km
    8liter/100km = 12.5km/liter = 0.18sen/1km
    8.2liter/100km = 12.2km/liter = 0.19sen/1km
    8.4liter/100km = 12km/liter = 0.19sen/1km
    8.6liter/100km = 11.6km/liter = 0.20sen/1km
    8.8liter/100km = 11.4km/liter = 0.20sen/1km
    9liter/100km= 11.1km/liter = 0.20sen/1km
    9.4liter/100km = 10.6km/liter = 0.22sen/1km
    10liter/100km = 10km/liter = 0.23sen/1km

    -Kadar bacaan utk pjalanan di higway shaja Sen/Km. Jika kawasan Bandar mungkin pnambahan sbnyak 10-20% dari jumlah Sen/Km ikut jnis knderaan/cara pemanduan.
    0.17sen+10% atau 20% = 0.19sen atau 0.20sen/1km kawasan bandar.

    Boy said:
    February 28, 2017 at 10:30 am

    Sekadar Perkongsian Sahaja.

    Berapakah Kadar Bacaan Odometer Minyak Anda? (Ron 95 RM2.30/Liter)

    5liter/100km = 20km/liter =0.12sen/1km
    5.2liter/100km = 19.2km/liter = 0.12sen/1km
    5.5liter/100km = 18.2km/liter = 0.13sen/1km
    5.8liter/100km = 17.3km/liter = 0.13sen/1km
    6liter/100km = 16.6km/liter = 0.14sen/1km
    6.3liter/100km = 15.9km/liter = 0.14sen/1km
    6.6liter/100km = 15.2km/liter = 0.15sen/1km
    6.8liter/100km = 14.7km/liter = 0.16sen/1km
    7liter/100km = 14.3km/liter = 0.16sen/1km
    7.2liter/100km = 13.9km/liter = 0.17sen/1km
    7.4liter/100km = 13.5km/liter = 0.17sen/1km (Kadar yg telah saya perolehi 1.6cc)
    7.6liter/100km = 13.2km/liter = 0.17sen/1km
    7.8liter/100km = 12.8km/liter = 0.18sen/1km
    8liter/100km = 12.5km/liter = 0.18sen/1km
    8.2liter/100km = 12.2km/liter = 0.19sen/1km
    8.4liter/100km = 12km/liter = 0.19sen/1km
    8.6liter/100km = 11.6km/liter = 0.20sen/1km
    8.8liter/100km = 11.4km/liter = 0.20sen/1km
    9liter/100km= 11.1km/liter = 0.20sen/1km
    9.4liter/100km = 10.6km/liter = 0.22sen/1km
    10liter/100km = 10km/liter = 0.23sen/1km

    -Kadar bacaan utk pjalanan di higway shaja Sen/Km. Jika kawasan Bandar mungkin pnambahan sbnyak 10-20% dari jumlah Sen/Km ikut jnis knderaan/cara pemanduan.
    0.17sen+10% atau 20% = 0.19sen atau 0.20sen/1km kawasan bandar.

      Bob Ku2 said:
      February 28, 2017 at 11:09 am

      GEARBOX MERAGAM
      Siapa yg GB kuat meragam boleh cuba ni.
      Untuk terus menukar sesebuah gearbox kenderaan, wang ataupon kos yg terpaksa dibelanjakan adalah terlalu tinggi. Bergantung kepada sesebuah kereta, harga gearbox recond contohnya:

      Proton Wira Manual 1.5 – RM400>
      Proton Perdana Auto – RM1200>
      Perodua Myvi Auto – RM1100>
      Toyota Corolla SEG – RM850>
      Mercedes Benz E Class – RM4800>

      Kereta- kereta berjenama mewah, harga ganti gearbox juga β€œmewah”.

      Kalau hendak beli gearbox asal (original) daripada pengedar yang sah seperti gearbox Perodua Myvi, harganya lebih dari RM10,000. Wah! Jenuh juga hendak cari wang sebanyak itu kan?
      Selepas menggantikan dengan gearbox recond atau dari β€œkedai potong”, jaminan yg diberikan biasanya hanya beberapa bulan sahaja. Ada juga bengkel yg mengambil gearbox asal anda untuk ditukar kepada gearbox recond. Ada juga maklumat dari pemandu – pemandu, selepas sahaja tukar gearbox recond, pemanduan mereka amat mengecewakan. Tidak seperti semasa menggunakan gearbox asal dahulu. Ada yg merungut mengatakan tiada kuasa, tiada pick-up dan sebagainya. Apakah perasaan anda,setelah habis beribu- ribu ringgit, prestasi kereta anda tidaklah seperti yg diharapkan. Pasti kecewa bukan?

      Cubalah dahulu JV ATF-1004 Gearbox Treatment Oil. Harganya pon rendah sahaja. Mampu milik.
      MASALAH
      Adakah gearbox kenderaan anda mengalami masalah berikut?
      1. Susah masuk Gear P -> D -> R
      2. Masuk gear ada delay/ lambat engage
      3. Masuk gear tapi transmisi kasar
      4. Ada bunyi kasar
      5. Gear rasa kasar
      6. Kenderaan seolah-olah melompat sedikit bila masuk gear
      7.Warm-up 10 minit baru boleh masuk β€œGear D”
      8.Gear sukar tukar dari β€œFree” ke β€œGear 1”
      9.Oil Seal dalam gearbox dah mengeras
      10.Pertukaran gear yang tidak lancar
      11.Terasa berat semasa pemanduan
      12.Kereta kuat telan petrol
      13.Engine semput semasa mendaki bukit
      14.Engine bergegar kuat dan bising

      SABAR!!! Jangan tukar gearbox/ beli gearbox/ servis gearbox. Jangan bazirkan ribuan RM anda.

      Cuba ini dahulu:
      *Gunakan 1 Botol Untuk:
      – melancarkan pertukaran gear
      – pertukaran gear lebih lembut
      – mencegah kerosakan dalaman
      – memanjang jangka hayat gearbox
      – penjimatan petrol/diesel hingga 12%

      *Gunakan 2 Botol Untuk Merawat Masalah
      – pertukaran gear kasar dan menyentap
      – engine meraung ketika pertukaran gear
      – gear D atau R bermasalah pada waktu pagi
      – gear D atau R lambat berfungsi
      – bunyi berdengung dari gearbox
      – susah masuk gear untuk manual

      MAKLUMAT PRODUK
      – teknologi Bio Oil
      – kandungan: 100ml
      – bersifat neutral, tiada risiko
      – sesuai untuk semua jenis gearbox
      – sesuai untuk auto dan manual

      CARA PENGGUNAAN
      1. Buka penutup botol dan masukan corong yg disediakan.
      2. Tuangkan semua ke dalam ruang minyak gear
      3. Panaskan engine selama 5 minit

      *Info Tambahan:
      – kesan boleh dirasaI seawal hari pertama
      – boleh bertahan hingga sampai tempoh servis minyak gearbox
      – untuk rawatan, boleh bertahan 10,000km – 15,000km
      – tidak perlu ganti minyak gearbox sekiranya mileage masih jauh
      – 100% tiada risiko dan tiada kesan sampingan
      – tidak perlu buang minyak gear
      – Lebih 100 testimoni dari perlbagai jenis kenderaan telah mencubanya.

      Honda, Toyota, Proton, Perodua, Nissan, Suzuki, Kia, Naza, Mercedes, BMW, Hyundai, Chevrolet, Audi, Isuzu, Mazda, Volkswagon, KIA, Hino, Subaru, MINI, Renault, Chery, Daihatsu, Porsche, Volvo, Scania, Tata, Hino, Peugeot, Jaguar, Ssangyong
      Cuma RM65 Sebotol
      COD Sekitar KL/PJ
      Pos Laju RM8 (Semenanjung)
      Pos Laju RM10 (Sabah & Serawak)
      Pos Laju RM85 (Brunei)
      H/P: +6017-3886607

        nurulsaadah mohd zaini said:
        May 28, 2018 at 12:26 pm

        Saya nak cube…mmg exora saya ade mslh yg tuan senarai

      shah said:
      February 28, 2017 at 11:13 am

      Standart masa beli dlu 8.6/100km (0.20/1km)
      Sekarang 7.6/100km (0.17/1km)

    Eima said:
    February 27, 2017 at 8:37 am

    Siapa ada pngalaman sma ada pda dri/keluarga/rakan/ada pngetahuan serba skit antara Exora CFE & CPS mne lebih kerap problem boleh share skit. Dri segi kos selenggara CFE ni lebih RMnya berbanding CPS cuma dri segi pnjagaan mna lagi mudah n kurang bmasalah.

      Katt said:
      February 27, 2017 at 9:15 am

      Mne2 je sma je. Ikut nasib gak klau servis jaga n bwa pun cermat maka kuranglah kerosakkan n sbaliknya pula jika kerap mist service n bwa pun selalu speeding mmanjang je. Dri segi power mmg CFE jnis tbaik. Wlapun 1.6cc tpi ngn enjin CFE rsa sperti memandu enjin NA 2.0. Tpi so far Exora CFE best dri Wish/Stream 1.8. Juz kos service agak tnggi sebab CFE kos brag agak mhal bbanding CPS lebih2 yg ada Turbo. Sekian.

      faizal said:
      March 3, 2017 at 5:30 pm

      saya pakai model Cps manakala abg ipar pakai jenis Cfe.
      memang tak dinafikan Cfe ni lebih syoook bila bawak laju+ PICKUP.
      Tapi ini bergantung kepada keperluan mengapa pakai mpv ni.
      rata rata yang dah bekeluarga memilih jenama ni.Penjagaan sama je Cps lebih simple pasal takde turbo jadi kurang cket le nak maintenence.lain lain part same je..
      itu hanya pendapat saye.

    faizal said:
    February 12, 2017 at 6:50 pm

    mintak pendapat exora cps auto saya bila berhenti kipas masih ON dlm 5 minit baru cut off.tanya kat bengkel katanya normal.
    dulu takde pun……
    minta pendapat apa yg sy boleh check.

      fikri said:
      February 14, 2017 at 9:42 am

      Ramai dah kena ni enjin CPS. Sebabnya ada overheating berlaku, sebab tu kipas tu masih berpusing walaupun dah matikan enjin. takut rod bengkok. Selalunya kena tukar head. Antara simptom air radiator reserved tank berkurang dan air cond jadi tak sejuk. kalau takde warranty, RM1200 nak repair benda ni.

        pieejoko said:
        February 14, 2017 at 2:00 pm

        exora saya pun pernah jadi macam tu. mujur waranti ada lagi. sampai sekarang dah 5 tahun masih OK. Exora bold sekarang ni kebanyakannya kipas masih berpusing walaupun dah mati enjin

          Abeng said:
          February 15, 2017 at 10:10 am

          Aah biasanya klau lama sgt enjin hidupkan atau beroperasi mmg stndart kpas bpusing scra auto dlm bbrapa minit utk kurangkan kpanasan rdiator enjin

            faizal said:
            February 15, 2017 at 4:50 pm

            pakai sepenuhnya kuasa bateri ke kipas berpusing tu
            kalau camtu bateri cpt kong la

            Abeng said:
            February 16, 2017 at 8:15 am

            xr kuasa yg msih di simpan semasa enjin runing je. Biasa kipas on dlam 1-3 mnit je utk kurangkan thap kpnasan dri enjin. Bro try review blog pemilik exora. Nma blognya rotormaster bukan luar negara tau tpi dlam negeri je hihi

        Lin said:
        February 15, 2017 at 10:06 am

        Gile r truk bebenor smpai kena kua bajet byak 2. Xde alternatif lain ke slain mmg kena tukar head.

      Mekanik Kereta said:
      March 14, 2017 at 10:03 am

      air dah kurang sejuk,servis radiator dan pastikan mana2 hose kecila atau besar tidak karat atau kotor dan keras

      Bro Tam said:
      February 24, 2024 at 10:26 am

      Itu mmg sistem nya.. kalau jalan jauhΒ² kita berhenti park dan terus off kan kunci, kipas dan elektrik water pump pasti auto on untuk kawal suhu enjin.. sistem nya sama macam kita park kereta dan relex 5min Bru off kunci.. itu kelebihannya bagi semua kereta yang ada sistem ini.. pendapat saya betri kalau ikut yang asal kereta pasti ok, tapi beteri sekarang kebanyakan 2tahun ja Kong, kalau lebih itu nasib ja.. ini pendapat Saya la, kalau ada yang silap maaf ya…

        Zali Dol said:
        February 24, 2024 at 11:56 am

        Kalau kereta ada turbo dan baru lepas lenjan, memang biasa macam tu. Tapi kalau kereta takda turbo n kipas hidup walaupun dah mati suis bermakna enjin tu lebih panas dari biasa. Cuba start enjin n buka ekon. Tengok samada 2Β² kipas radiator n ekon hidup atau tak. Check air radiator atau apaΒ² yg berkenaan dengan sistem penyejukan enjin. Ada yg tak kena. Wallahualam…

    khalid ali said:
    February 7, 2017 at 7:27 pm

    Boleh bagi lokasi kedai..boleh saya cuba pergi

    FMF Auto Garage said:
    February 7, 2017 at 10:49 am

    Kepada Pengguna Kenderaan Proton Enjin Campro
    (Persona/Gen2/Waja Campro/Neo/Blm,Fl,Flx/Exora/Preve/Suprima S)
    -TB service & respon
    -Paddle respon
    -IAFM repair
    -Minor service / wayering
    -Major service
    -ECU scaning (PDT)
    -Parts sale
    -Modification car
    -Other
    Service yg ditawarkan bagi yg berminat atau sedang mengalami masalah kenderaan atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi wakil kami ikut kawasan anda. Jika ingin membuat sebarang tempahan boleh membuat temujanji bersama wakil kami.

    Bro Qaixer 0167308748 (B,Pahat/J.B)
    Nizwan 0126063426 (S.Alam/TTDI Jaya)
    Zulhazim 0162206344 (Cheras/Ampang)
    Firdaus 0139101043 (Terengganu/Subang Jaya)
    Khairol 0162641670 / Amy 01126564814 (Perak)
    Fakhrul 0133562796 (Temerloh/Mentakab)

    *Kepuasan Anda Keutamaan Kami.

      Tina said:
      April 18, 2019 at 10:15 pm

      Bro Qaixer available lagi ke.. bole wasap ke tu..

    Remy said:
    February 1, 2017 at 8:16 am

    Exora Bold sama selesa n kuasa cam Honda Stream

    gomen say said:
    January 31, 2017 at 9:54 pm

    Jaga2lah minyak dah naik 20sen. Najib2. Tol naik brag naik smua naik gji xnaik2. Nk ikut negara luar tpi diaorg dhulukn rkyat diaorg n gji diaorg naik ko ada naikkn. Naikkn drah je r. Akan dtg t org nk pkai saga pun hrga dh cm bli vios tgk r t. Dkat nk undi je baru smua ni trun skit2 pas 2 naik mdadak gile2. Amik r blik br1m ko 2 xhingin je sbb ko bgi bukan ikhlas pun dh stndby yg ni naik brag n bhan api n yg ni saman2. Xde aku nk undi je t

      Zamri said:
      March 24, 2019 at 2:42 am

      Komen melayu bodoh. Skrg ko da puas ati ke gomen ph perintah?
      Org mcm ko ni punca jahanam bangse dan negara, prcya fitnah dap yg untung, mader bapa penipu, krn 20 sen minyak semingu je naik ko bising dan gadaikan dengan berbillion kerugian kpd rakyat ape yg Najib dah berikan selama ini. Bodoh macai mcm ko otak tkpikir panjang. Skg gaji oo dah naik mencanak bape ribu? Petrol hage sehinggit limeposen le bhai??

        mail said:
        March 28, 2019 at 4:07 pm

        Tu komen sbelum PRU 14 ni dh lepas xyah reply nti sama jadi bebal.

        mail said:
        March 28, 2019 at 4:08 pm

        Komen sblum PRU skang dh lepas. Xyah reply nti sama2 bebal org ckp. Ignore je.

        Ali said:
        April 7, 2019 at 12:30 am

        Zamri..well said. Mmg hancing kena kencing ngan puak penipu. Abih semua harta melayu kena jual. Melayu jugak yg kena buang kerja. Melayu islam la plak tu. Dh jadi gov lenyek habis sampai leper. Ekonomi down tak pulak nak pulihkan. Asyik nak carik kesalahan jer rci taknak tubuh sampai jemu rakyat dengan penipuan harapan kosong kegagalan tadbir pemecah belah orang melayu islam. Yg mati pun melayu gak.

        Tina said:
        April 18, 2019 at 10:13 pm

        Good comment.

    AJ said:
    January 23, 2017 at 10:02 am

    Cepat berubah jika jalan dekat2…kalo jln jauh lmbat ckit berubah…

    Don Daniel said:
    January 20, 2017 at 8:36 am

    Aku search google n aku jumpa ni. Boleh r kita rujuk sama2 utk masa akan datang kalau ada problem.

    Terdapat 2 kategori sensor dalam sebuah kereta iaitu:-

    1)Sensor untuk kawalan Luar Enjin dan
    2)Sensor Kawalan Enjin

    Sensor isyarat luar enjin terdiri dari beberapa jenis sensor seperti ABS sensor dan Parking sensor,manakala sensor enjin pula adalah seperti TPS (Throttle Position Sensor),Knock Sensor,O2 Sensor(Exhaust Sensor),CPS(Crankshaft Sensor),CPS(Camshaft Position Sensor),CTS(Coolant Temperature Sensor),MAP/MAF Sensor(Manifold Absolute Pressure Sensor)atau Mass Airflow Sensor,APPS Sensor(Accelerator Pedal Position Sensor),Speed Sensor dan IAT(Intake Air Temperature)Sensor,

    Sensor-sensor yang disebutkan diatas adalah sensor utama dan biasa digunakan dalam sesebuah kereta mahupun kenderaan berat seperti forklift,bas dan trak pengangkutan.Sensor-sensor ini memberikan isyarat secara voltage iaitu kira-kira 5v pada penggunaannya.Jika isyarat voltage itu rendah maka pengawalan komponen akan terganggu.Ini hanya dapat dikesan melalui scanner atau alat diagnostic untuk mengetahui kod sensor mana yang rosak.

    Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.

    1) Throttle Position Sensor

    Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.

    2) Knock sensor

    Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage dari knock sensor akan memudahkan enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

    Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

    3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

    Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

    4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

    Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan.

    5) Camshaft Position Sensor

    Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api) supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

    Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

    Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

    6) Coolant Sensor (CTS)

    CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

    7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

    Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagaln sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

    8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

    Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

    Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

    9) Speed Sensor

    Speed sensor berada pada 2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.

    10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

    IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

    Kegagalannya akan menyebabkan enjin bergegar berterusan,terdapat ketukan enjin,idling yang kasar ketika enjin sejuk,susah dan lambat hidup serta check engine light yang berterusan menyala.Kedua2 sensor ini (MAP MAF dan IAT) jika tidak dipasang/disambung enjin akan lebih baik sementara

      khalid Ali said:
      January 20, 2017 at 10:44 pm

      Mohon pencerahan..siapa ada pengalaman problem aircond..exora saya 3 bulan sekali gas aircond habis..kena tambah gas …cek dekat kedai tak jumpa problem…agak2 ape masalah ye…

      Sent from Yahoo Mail on Android

        zul said:
        January 31, 2017 at 3:02 pm

        Saya pun kena mcm tu…dah banyak kali isi gas aircond…cari masalah tak jumpa..

        fikri said:
        February 7, 2017 at 4:32 pm

        Ada bocor kat saluran pipe yang halus tu.. Saya check di kedai aircond mereka buat tampalan dan sampai sekarang ok.

          Azie said:
          January 14, 2024 at 2:11 am

          Berapa anggaran kos utk masalah aircond tu klu nak check..

        esarem said:
        February 8, 2017 at 4:27 pm

        biasa ni kes bocor. kena check bebetul

      Tokmat said:
      March 10, 2017 at 5:50 pm

      Cvt light nyala sbb aper ye?Dh 2 ari kt serv.center. Huhuhu

        Mus said:
        March 12, 2017 at 12:42 am

        SC mesti tau. Biasanya mnyak atau filter cvt kena tukar atau msalah pda sensor cvt atau lmpu break ketiga tbakar

        Zaifulbahri said:
        March 12, 2017 at 10:49 pm

        Kdang kena rajin search google n search2 blog lain klau ada di bincangkan mslah2 sering blaku pda exora ni. Try search tuned by rotormaster dri club exora.

    Exora Club said:
    January 16, 2017 at 11:20 am

    Panduan Memohon Penukaran Enjin
    Nombor enjin adalah nombor identiti sesebuah enjin yang dicop pada blok enjin mengikut ukuran dan bentuk di tapak yang oleh pembuat/pengilang.

    JENIS-JENIS PERMOHONAN

    Kategori 1: Penukaran enjin dari buatan dan keupayaan kapasiti (cc) yang sama atau tidak melebihi 25% dari enjin asal (kenderaan persendirian sahaja)
    Kategori 2 : Penukaran enjin dari buatan yang berbeza / keupayaan kapasiti (cc) melebihi 25% dari enjin asal
    Kategori 3 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran bahan bakar
    Kategori 4 : Penukaran enjin kenderaan buatan PROTON yang menggunakan enjin CAMPRO kepada enjin buatan Mitsubishi
    Kategori 5 : Penukaran enjin yang melibatkan penukaran Gearbox (Manual ? Auto)
    Kategori 6 : Penukaran enjin bagi kenderaan perdagangan
    Definisi β€˜enjin asal’ adalah merujuk kepada model enjin yang telah dipasang kepada model kenderaan tersebut oleh pengilang.

    Senarai buatan-buatan yang dikategorikan sebagai sama (klon)

    PROTON
    a) MITSUBISHI
    b) RENAULT (SAVY,WAJA 1.8)
    c) CITROEN ( TIARA)
    * penukaran enjin hendaklah dari model enjin yang sama varience dengan PROTON.Sebarang pengubahsuaian “Engine Mounting” adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    PERODUA DAIHATSU / TOYOTA
    FORD MAZDA
    PEUGOT CITROEN
    HICOM ISUZU

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
    Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ketika membuat pertukaran enjin:

    1-Penukaran hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang diisytiharkan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan & Penggunaan)1959 L.N. 170/1959.
    2-Keadaan struktur keseluruhan kenderaan hendaklah baik terutamanya pada bahagian rangka casis (chassis frame).
    3-Tiada pengubahan struktur dilakukan pada β€˜front cross member’, β€˜steering linkage’ dan β€˜steering box’.
    4-Tiada pengubahsuaian pada β€˜base engine mounting’ dan tiada kimpalan pada struktur tambahan β€˜engine mounting’.
    5-Kenderaan model Proton SELAIN Proton Perdana dan Proton Inspira hanya dibenarkan membuat penukaran enjin berkeupayaan maksimum 1836cc (1.8 Liter) sahaja. Penukaran enjin berkeupayaan 1997cc atau 1998cc (2.0 Liter) hanya dibenarkan kepada Proton Perdana dan Proton Inspira sahaja.
    6-Pelepasan asap kenderaan tersebut mestilah tidak melebihi 50% β€˜opacity’. (Bagi enjin diesel sahaja).
    7-Lulus pengujian tahap kecekapan sistem brek di lorong pemeriksaan.

    DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN
    Bagi Kategori 1
    Pemilik kenderaan tidak perlu memohon kepada bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri dan boleh melakukan pemeriksaan terus di PUSPAKOM bersama dengan dokumen-dokumen berikut:

    Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
    Bil/Resit belian enjin yang asal
    Laporan Kastam K1 yang asal
    Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)

    Bagi Kategori 2 hingga 6
    Pemilik kenderaan boleh memohon terus di bahagian Kejuruteraan Automotif di JPJ Negeri untuk mendapatkan surat kelulusan dengan melampirkan dokumen-dokumen berikut:

    Borang Pemberitahuan Penukaran Enjin (10.52 kB)
    Salinan Kad pendaftaran kenderaan yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
    Salinan bil/resit belian enjin
    Salinan laporan Kastam K1 yang disahkan
    Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
    Setelah surat kelulusan dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah melakukan pemeriksaan di PUSPAKOM dalam tempoh 3 bulan dari tarikh surat kelulusan untuk mendapatkan Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:

    Surat kelulusan dari Bahagian Kejuruteraan Automotif, JPJ
    Kad pendaftaran kenderaan asal yang ditandatangani oleh pemilik kenderaan
    Bil/Resit belian enjin yang asal
    Laporan Kastam K1 yang asal
    Surat pengesahan jual beli antara pemilik (bagi enjin yang dibeli dari kenderaan lain)
    Laporan PG10 (sekiranya penukaran enjin melebihi 30% daripada enjin asal)
    Setelah Laporan Pemeriksaan Puspakom (B2) dikeluarkan, pemilik kenderaan mestilah mengemukakan laporan B2 tersebut bersama dengan kad pendaftaran kenderaan kepada JPJ Negeri atau Cawangan untuk tujuan mengemaskini kad pendaftaran dan merekod rujukan kelulusan.

      Roy said:
      January 24, 2017 at 9:56 am

      JPJ ni nk kena ada kabel org dalam je baru snang. Ada iswara n satria 1.3/1.5cc msuk enjin mivec 1.6 / GSR turbo ok je endorse n GTI msuk VR4 pun endorse. Pdahal body compact bukan sedan. Perbezaan yg bgitu ketara n body yg ringan kalau msuk enjin bkenaan tpi proton persona yg enjin 1.6 tpi body berat cam kreta 1.8 juz boleh msuk 1.6 mivec / 1.8 GSR je cm xbyak pbezaan je. Ptot boleh r msuk 2.0/VR4 ssuai apa yg body persona n exora.

    Piee joko said:
    January 16, 2017 at 10:37 am

    Sayapunya button kat steerimg pum dh keras…

    Yozz said:
    January 16, 2017 at 10:07 am

    Area KL kat mana nak repair button2 kat steering.

      mat said:
      January 16, 2017 at 10:48 am

      Mne2 aksesori pun boleh jnji yg dyakini mahir

        Yozz said:
        January 16, 2017 at 2:41 pm

        Takut dorg test & error je

    ewanz said:
    January 12, 2017 at 11:02 am

    Nk minta pandangan owner cfe, saya nak tukar enjin cfe ke half cut mintsubishi..enjin apa yang sesuai ye?cadang nk masukkan 4g93 1.8.ada pomen yg cakpa boleh masuk and ada yang cakap mounting kena usik..harap owner bold boleh tolong bagi yang mana2 ada experience.thanks..

      eddy gurrero said:
      January 12, 2017 at 4:18 pm

      Npe ngn enjin asal?Syg plak enjin asal CFE yg kuasa sperti 2.0NA nk ditukar enjin lain. 4g93 ada 2jnis 1 sohc n 1 dohc. Biasa enjin ni pda wira/satria gti 1.8. Enjin ni klau kreta kompak best r klau MPV kurang top cam mendap. Aku cdangkan pkai enjin dri evo3 atau snang cte 4g63/GSR je. Yg ni klau pkai mmg tbaik. Klau nk best lgi ada modal bsar swap enjin lancer sportback V6 2.4. Tpi ckup skadar enjin evo 3/GSR je.

        zularif said:
        January 13, 2017 at 8:15 am

        Btul 2 bro msuk GSR/Mivec ok gak. Alang2 nk tukar. cuba tgk mudah market hrga yg murah. Amik r enjin 0 klau amik yg dh siap mmg mhal psal siap GB dll. Tpi Klau nk best tukar enjin ni mmg klau boleh GB tukar skali baru sma cun ngn enjin utk runing. Klau GB bold ssuai ok je

          ewanz said:
          January 13, 2017 at 6:57 pm

          bro zularif..ok cun GSR..mudah limited btol..xde..tgh pusing2 kedai half cut..

        ewanz said:
        January 13, 2017 at 6:55 pm

        enjin asal da kena overhaul sekali..kes hos oil cooler pecah tu la..lepas tu paip tu pecah lagi..5k dah melayang..nih kali kedua x lalu nk buang 5k lagi..pikir2 baik tukar enjin trus..kalo x silap 4g63 tu aitrek kan?2.0 x lepas jpj..so sekarang tgh cari gsr 1.8t..thanks bro..

          Yozz said:
          January 13, 2017 at 7:06 pm

          Saya pun pakai cfe… Mcmana boleh pecah pecah hose cooler… Ke nasib tak baik?

            ewanz said:
            January 16, 2017 at 11:05 am

            nasib x baik bro Yozz..kan dulu proton ada recall sbb kes hose tu..bagi semua owner cfe tlg jaga hose tu..setiap kali servis minta proton or pomen tgkkan hose tu..JANGAN jadi macam saya..hahaha..kalau x welcome to GSR club..

            ali said:
            January 16, 2017 at 11:24 am

            Ada dngar proton recall balik. Ktanya nk tukar getah kpda besi. Hbis dh tukar kpda besi pun pcah gak ye? Kuat sgt tekanan turbo 2 ngn keadaan body besar enjin kecil tpi kuasa besar 2 boleh jadi lagi pecah 2.

          zularif said:
          January 15, 2017 at 3:04 pm

          Oo gitu cte nye. Boleh r bro klau 2.0 sbab jpj benar pnmbahan cc dri cc asal sbnyak 20-25% dri cc asal r. Klau enjin 1600cc boleh naik antara 1920cc/2000cc. Msuk GSR bru ada pick up n power klau 4g93 biasa je kurag sbb kreta bro mpv bkn kmpak/sedan

            lenchai said:
            January 16, 2017 at 8:59 am

            1.8 GSR horse power 175hp. Klau honda civic 1.5T 171hp ni 175hp cm cc kreta 2.4/2.5cc bro huhu

            ewanz said:
            January 16, 2017 at 11:02 am

            btol bro 20-25%..bg semua model kenderaaan KECUALI proton..inspira dan perdana je yang boleh 2.0 ke atas..model proton lain maksimum 1836 cc sahaja..hehe..itu yang JPJ tulis la..xpela bro..dah dpt GSR..rabak sikit la..tp inshaAllah puas hati..sape2 owner cfe nk sparepat cfe saya yg lama boleh contact..part enjin semua cun lg..nk tolak semua turbo bagai..

            livine said:
            January 16, 2017 at 11:12 am

            Inspira n perdana boleh 2.0 ke atas memang r boleh sbb cc asal pun dh 2.0. JPJ ni pilih kasih je model lain smua boleh je cc besar2. Myvi 1.3 pun msuk YRV turbo slamber je (rsa aku cm enjin 1.8cc) kelisa n kancil dri 3 piston msuk 4 piston ok je ni proton 1.6 xboleh lebih 1900cc. Agaknya dia xprcaya ngn kluaran mlaysia tahan msuk enjin besar2 kot ke dia takut kreta malaysia msuk besar2 dia xboleh nk kejar. (Alah stakat CRV n Fortuner mreka bukan laju mana pun ngn enjin stndart) Proton biasa msuk enjin mitsu je. Minta kaji semula r. Kalau nak adil biar sma2 jgn r proton xboleh lain smua boleh.
            p/s- aku tgk iswara msuk GSR ok je poit. Apa cte?

            livine said:
            January 16, 2017 at 11:14 am

            Kira exora msuk gsr 1.8t ibarat bwa caldina r ni huhu

            cromok said:
            January 16, 2017 at 11:48 am

            Aku pun nk msuk r enjin 1.8 GSR (T) dlam persona aku tpi lceh je n tkut kmudian hari ada yg error sbb kdai psag xtau cmne. Minta puspakom psagkn boleh ke huhu xpun bli je audi A6 2.4T thun 2007 baru RM65K snang cte hahaha

            cromok said:
            January 16, 2017 at 11:51 am

            Kng tukar nk kena cari enjin yg betul2 baik xnk yg kena tipu recone/kong dh 2 nk tnggu surat enjin pdahal msa 2 beli masa 2 boleh trus dpt. Kng tkut silap cetak no enjin. Nk cri bngkel specallist,bwa puspakom jpj utk pmeriksaan, pndaftran g leceh gk klau xde org dlam ni. Audi A6 2.4T V6 tnggu aku sambar hihi

            zam said:
            January 17, 2017 at 3:06 pm

            Xde r levine. Enjin YRV yg myvi pkai 2 msih sma je cc nye msih bwah 1300cc juz enjinnya siap turbocharger je 2 nmpak cm cc besar. Horse power enjin YRV ni 140hp cm vtec 1.8cc r. Cm L2S ada 2 jnis 1nye L2 n 1g L5. L2 cc msih bwah 800cc (mybe 650cc r) juz pun ada turbocharger je. Enjin L2 SOHC 12V turbocharger mnakala enjin L5 pun cc msih sma n ada turbocharger juz bezanya ianya DOHC 16V. Horse power enjin ni skitar bwah 70hp je. Ada yg 1000cc tpi xde turbocharger pun ada tpi 4piston r n DOHC 16V. Berbalik pda GSR pula asalnya pun sama je sbuah enjin 1.8cc tpi ada turbocharger r. Msih 4 piston DOHC 16V turbocharger. Kuasa kuda 190hp (sma sperti enjin 2.7NA)

            Ada beberapa enjin boleh dicadangkan klau nak tukar (Enjin 1.6cc)
            4G61T 135hp (tpi xtau snag dpt atau x sbb USA/KANADA MADE)
            4G61T 160hp (Yg ni Japan Spec. Psaran halfcut xtau msih mudah cari/x)
            6A10 140hp (Enjin V6 utk 1.6cc)
            4G92 MIVEC 1.6 172hp
            4G93 1.8 SOHC 115hp (wira/putra enjin sohc)
            4G93 1.8 DOHC 128hp (wira/putra enjin dohc)
            4G93T 1.8 DOHC 190hp (sperti plihan bro ewanz)

            -4G93T msih mudah gak nk dpt bbnding yg lain hrga pun ok gk tpi klau nsib baik dpt 4G92 MIVEC 1.6 pun baik gak sbgai gnti enjin asal BOLD xyah tukar mounting bagai trus boleh swap je.

            zam said:
            January 17, 2017 at 3:14 pm

            4G63 VR4 2.0 240hp je xboleh msuk t JPJ xlepaskan hihi. Slalu VR4 perdana je swap. Klau GSR 2.0 cm evo10 pkai 280hp boleh r main2 ngn R34. Tpi klau subaru punya lagi cun klau boleh msuk gnti mitsu huhu

      wak kental said:
      January 26, 2017 at 4:27 pm

      mitsubhisi ASX/Galant

    Mus said:
    January 10, 2017 at 11:31 am

    MPV plihan kbnyakkan pngguna malaysia.
    MPV Proton (Exora)
    Mpv Perodua (Alza)
    MPV Toyota (Alphard,Vellfire,Estima,Wish)
    MPV Honda (Stream,Oddysey)
    MPV Nissan (Livina,Serena)

    Klau SUV byaklah n SUV mmg best dri MPV sebab majoriti SUV lasak n laju tpi klau MPV yg mampu milik n selesa serta power adalah Exora especially bold CFE. Kselesaan n luas stnding estima n klajuan stnding oddysey. Aircond mmg sjuk xde lagi mne2 MPV klahkan Exora ni.

    lee man said:
    January 4, 2017 at 10:31 am

    Exora Bold
    -Laju (wlapun body besar cc 1.6 tpi ngn enjin CFE sperti enjin 2.0cc kuasanya),selesa ruangan tmpat dduk ke 3 (berbanding alza,livina,wish,avanza (stream xpasti tmpat dduk alphard blkag pun xluas cm exora),disc break blkag bagi variasi ttentu bbnding knderaan model lain kena 2.0 baru ada disc break blkag,Aircond sjuk n terdapat dstiap barisan ruangan tmpat dduk berbanding alza n livina,lain aku xpasti sebab aku bukan owner exora tpi ni apa yg aku nmpak yg ada pda owner exora n aku tgk msa showroom. Kira MPV yg bbaloi ngn hrga yg bpatutan exoralah jwapannya nk di bndingkan ngn lain trutama alza yg rugi jika beli ngn hrga mhal tpi tmpat dduk blkg smpit,tmpat brag xluas,aircond kurag sjuk, xde disc break blkag (psal 1.5cc) juz hrapkan body ringan je r tpi bhya klau laju msa slekoh bbuai lain aku xpasti. Bgi spe yg cdag nk amik MPV pk2 dlu keistimewaan mna lbih bbaloi. Biar hrga stimpal ng klebihan n kpuasan yg dperolehi. Bab2 servis n lain2 no.2 sbb smua sma je beza byak/kurag n mhal/murah je.

Leave a comment