proton

Cukuplah Sekali Duhai Proton

Posted on Updated on

Proton sama macam UMNO ..Batu nisan dah lama siap tapi
tunggu masa ajal jer.
Sememangnya saya dah serik dan serik serta terus serik untuk memiliki kenderaan jenama PROTON
Sejarahnya saya pertama kali membeli proton Persona (acuan Gen2) begitu teruja sekali . Tanggal November 2007 saya mula menggunakan Persona untuk ulang alik kerja dari KL ke Muar seminggu dua kali.
Read the rest of this entry »

Proton kenalah lebih “pro”

Posted on

Semalam kerajaan Perak meluluskan cadangan membeli Toyota Camry sebagai kereta rasmi menggantikan Proton V6. Akibatnya ramai pihak yang menghentam kerajaan Perak di bawah penguasaan pembangkang itu. Tetapi bagi aku tidak adillah menghentam Nizar sahaja sedangkan sebelum ini heboh apabila kerajaan Terengganu menggunakan Mercedes Benz C200 Kompresor sebagai menggantikan V6 dengan alasan `maintenance’ tinggi.

Read the rest of this entry »

1988 Proton Saga

Posted on

Dulu tahun 1988 beli Proton saga. Tidaklah teruk sangat namun power window bermasalah. Mekanik kata itu memang masalah biasa bagi proton.

Tahun 2002 beli Proton Perdana dengan harapan kereta ini berkualiti maklumlah harganya sekitar RM100,000.00. Lepas hantar servis kali pertama saya dah gementar kerana member lain yang beli sudah komplen macam-macam terutama sekali tentang gear boxnya. Mungkin ia tidak akan berlaku kepada saya.
Read the rest of this entry »

gen2 oooh gen2

Posted on

Ni pulak aku nak citer pasal Gen 2 akuBeli penhujung dec 2004, sekarang running dalam 43587 km.Aku jarang pakai sgt.Kalu ikut warrangti berdasar kilometer masih ada waranti..tp terpaksa ikut tahun….sebab dah 4 tahun dah abis waranti.Nama Gen 2, banyak yang jem…aku list down

1.Pertama kena Power window sebelah penumpang depan….mechanikal lifting  bengkok.Alat yang dok angkat cermin tu boleh bengkok…kalu bukan besi dah patah riuk.Masih ada jaminan. dapat tukar.ok settle.
Read the rest of this entry »

untuk ‘memantap’kan lagi, bukan nak ‘memusnah’kan laaa..

Posted on

selamat datang ke protonmalaysia wp. sempena kedatangan keluarga baru dalam syarikat kereta nasional malaysia pertama iaitu proton mpv exora, sama2 lah kita ber’blog’ di sini. Tujuan utama blog ini adalah menyedarkan/meng’inform’kan proton akan pengalaman sebenar yang dialami oleh pengguna iaitu rakyat Malaysia umumnya. Diharapkan dengan blog ini, Proton akan lebih hebat di masa hadapan..

{segala mesej, keluhan rasa,komen,ketidakpuasan, permasalahan,luahan perasaan,pujian dan apa2 mengenai kereta proton amatlah dialu-alukan..terima kasihhhh}