Satria Neo

Apa Komen Anda Tentang Proton Satria Neo? Sekiranya ada, bolehlah kita berkongsi pengalaman suka duka anda dengan kereta proton ini..satria neo


949 thoughts on “Satria Neo

    aboy said:
    June 22, 2017 at 10:05 am

    Ni pun sma gak dah tnya pendpat psal nk beli kereta trus dah cam xwujud baik xyah lyan je org baru ni

    Alang Neo said:
    June 18, 2017 at 1:26 am

    Salam.. Macam mana nk fix masalah ESC (electronic stability control) ye??

      TT said:
      June 19, 2017 at 7:37 am

      wsalam. Nk kena reset ecu blik tu. Kena bwa ke service center

        Alang Neo said:
        June 20, 2017 at 12:58 am

        Kne resit ecu ye.. Pastu nk tnya, mmg problem ESC ni akn kacau skali system abs skali ke?? Sbb kt meter mnyala jgk brek light(lmpu yg bila kite tarik hand brek).. Sbb bila drive tekan brek rse kosong je..nk kne tekan 2 3 kli baru rasa keras sikit presure pedal tu.. Pnca msalah pump brek ni mmg x hdup ke sbb msalah ESC tu? Minyak brek da full, master pump pn baru lgi..komen bro cmne?

          TT said:
          June 20, 2017 at 7:37 am

          Kena tau gak apa fungsi@maksud ESC tu. Sedikit sebanyak elektronik ni akan menganggu sistem yg lain terutama auto.

          HH said:
          September 18, 2018 at 9:32 pm

          Kereta dah ok ke? Kereta saya baru jadi ni, lampu Abs n handbrake menyala. Memang kena gi servis center ye.

            Mus said:
            January 6, 2020 at 5:15 am

            Sy jdi lmpu air bag, indicator biru gan abs… Punca prob.. alternator da kong.. jln skit x smpai 2kilo mati blik enjin

      An said:
      April 17, 2018 at 9:02 pm

      Nak tanya dia tak digital bar minyak untuk satria neo

        azmi omar said:
        June 10, 2021 at 2:04 am

        assalamualaikum, sy nk Tanya kerosakan pada kereta saya satria 1.3,lampu enjin menyala dn jalan senggut2.. bila sy ke bengkel kereta at diberitahu yg sy punya enjition caberator problem dn wayer spring problem kata nya, bila sy tukar .. kedua2nya sekali dn keluar sari bengkel selang 3hari .masih lagi kuar problem yg sama dn jln senggut2 juga.. ape masaalahnya.. harap tuan boleh Bantu..

          Aliff said:
          June 10, 2021 at 2:50 pm

          Kena scan computer baru tau problem kereta tuan

    arepitt.ayin said:
    June 16, 2017 at 2:04 pm

    assalam..saya ada masalah tentang gear satria neo..bila masuk gear ‘R’ macam ada sentapan dan berbunyi ‘duk’.. masuk gear D berkelip-kelip..n kereta macam taknak pergi seperti tersalah masuk gear…saya ada bertanya pomen tapi saya nak kepastian sama ada gear box saya rosak ataupon masalh lain…harap bantu..terima kasih

      Neoguy said:
      September 14, 2017 at 8:17 pm

      Wslm saya pn mempunyi masalah yang sma.. jd siapa2 yg pernah mbaik pulih tolong beri tahu saya ye

      yie said:
      March 5, 2018 at 4:49 pm

      masalaah apa yer..gear box or senssor..sama masalah mcm kereta neo sy.

      Tieysatu said:
      April 5, 2018 at 5:36 pm

      Dapat tak penyelesian masalah tuan? Sebab kereta satria neo saya pun jadi macam tu. Mohon bantuan.

        Ramli Haron said:
        January 13, 2021 at 9:49 am

        Apa agak masaalah nk switch gear keras.. Mohon share sesiapa yg dah experinced..

      yie said:
      August 14, 2018 at 3:40 pm

      kereta dh ok ke??

        Neoguy said:
        February 14, 2019 at 5:52 pm

        Masalah sentapan msa tukar gear dri N ke D yg saya dapati sudah selesai..tukar mounting engine dn gear box satu set.. selesai

          Yatt said:
          October 5, 2019 at 3:36 pm

          Buat kat workshop mana tu? Berapa habis? Neo saya pun ada problem macam tu. Dah pergi dua workshop dah, x selesai juga.

    cuwaaa said:
    June 11, 2017 at 6:15 pm

    salam otai otai, saya nak tanya pasal neo ni ada hajat nak angkat tahun 2011 2nd 1.6 auto mlime rasa rasa okay tak? macam mana nak check ye ada prob ke tak? minyak okay tak sebab nak beli kat kedai

      AJ said:
      June 12, 2017 at 7:57 am

      Klau secondhand ni klau lebih 5thun elok amik manual je snang jga,sparepart murah, auto ni sensor lebih skit dri manual tpi klau nak amik auto ni klau dpt scondhand yg millage xberapa tnggi cam bwah 100,000km tu kira ok lah. Jgn ambil kereta secondhand yg dah 2 owner gunapakai dah. Utk check sma ada kereta tu ok/x nk terangkan dkt sni pnjang lebar plak so ksimpulannya search google bkaitan tips nk bli kereta secondhand ni atau cri spe2 yg mahir serta boleh dpercayai (abg/kwan2/pomen) sma2 pergi servey msa nk beli kereta tsebut. Jgn lupa test drive skali kereta tu. Test drive dkt jln xrata skali pas tu pas dh test drive dlam 10mnit check bwah kereta klau ada leaking dkt bwah.

        AJ said:
        June 16, 2017 at 9:06 am

        Neo xde IAFM bos neo CPS je cm GEN2. IAFM juz pda saga (fl,flx,sv,plus) dengan persona elegance & preve IAFM+. Nk kata IAFM ni lemau xgak mybe bab pick up mmg lembap skitlah tpi semasa mendaki bukit oklah bukit 20-30% kecerunan gear 4 boleh daki. So far daki bukit cameron higland gear 4 atau 3 ok je jnji jga baik service tip top lagipun persona elegance ngn persona cps wlapun beza dri segi kuasa kuda tpi persona cps ni kekuatan cip 16 je berbanding persona elegance yg ditambah baik kpda 32cip tu daki bukit power je wlapun tang tarik pick up xde r sepower CFE huhu. IAFM ni bab lajak mmg top power je xde r lembap pun stakat neo tgah 180-190km/j boleh je kjar n ptong huhu.(Dkat hgway). Drive waktu malam/semasa cuaca sejuk sma ada mendung/hujan mmg tbaik smooth je enjin.

      Evolution@Revolution said:
      June 12, 2017 at 11:01 am

      Berapa tu bro hrga 2011? Loan ke kedai? Klau alang2 Lebih RM30k amik jnis lain lah yg cc besar lagi berbaloi especially sedan psal snang bila dh bkeluarga. Sport juga klau make up ranggi & lajak lagi hihi.

        Evolution@Revolution said:
        June 12, 2017 at 11:01 am

        Silap2. Loan ke cash

      zuluninjaxxx said:
      June 16, 2017 at 8:34 am

      saya nasihatkan amik model lain je la dik… kalau adik nak jugak neo ni cari la yang manual enjin campro cps (neo cps atau neo cps r3). jgn amik campro iafm.. lemau.. minyak kuat lagi2 auto…
      tapi apa2 pun better amik model lain je la.. huhu

        AJ said:
        June 16, 2017 at 9:08 am

        So far persona elegance IAFM auto max speed dlm youtube 210km/j yg manual pun ada

          Max Drive said:
          June 16, 2017 at 9:14 am

          Nasihat sya ikut minat & bajet tpi seeloknya ambil sedan atau MPV trus nk2 klau kje makan gji n guna loan klau bisnes sndri beli cash tpulang r nk amik kompak ni. Bandingkan juga thun bkenaan ngn model2 lain thun yg sma. Contoh 2011 loan RM35k tgk plak dri model lain thun yg sma mne pling hmpir hrga n dpt yg berbaloi skit. So far proton ok je xde mslah. Nk amik inspira 1.8 thun 2011 pun ada dlam bwah RM40k.

        ezzaty said:
        February 22, 2018 at 11:07 pm

        Auto memang banyak pakai minyak. 10 ringgit tk boleh jalan

    Org baru said:
    May 24, 2017 at 9:31 am

    Blh sya tahu mcm mana nak tingkat kan throttle padel respond…??

      Deal dengan mereka ikut kawasan said:
      May 24, 2017 at 9:39 am

      Kepada Pengguna Kenderaan Proton Enjin Campro
      (Persona/Gen2/Waja Campro/Neo/Blm,Fl,Flx/Exora/Preve/Suprima S)
      -TB service & respon
      -Paddle respon (Ni yg anda mahukan)
      -IAFM repair
      -Minor service / wayering
      -Major service
      -ECU scaning (PDT)
      -Parts sale
      -Modification car
      -Other
      Service yg ditawarkan bagi yg berminat atau sedang mengalami masalah kenderaan atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi wakil kami ikut kawasan anda. Jika ingin membuat sebarang tempahan boleh membuat temujanji bersama wakil kami.

      Bro Qaixer 0167308748 (B,Pahat/J.B)
      Nizwan 0126063426 (S.Alam/TTDI Jaya)
      Zulhazim 0162206344 (Cheras/Ampang)
      Firdaus 0139101043 (Terengganu/Subang Jaya)
      Khairol 0162641670 / Amy 01126564814 (Perak)
      Fakhrul 0133562796 (Temerloh/Mentakab)

      zuluninjaxxx said:
      June 2, 2017 at 4:01 pm

      pergi workshop zordaq motorsport/G car care/Dori dori autoworks

        Org baru said:
        August 9, 2017 at 3:24 pm

        Owh..ok2 trima kasih tuan

    amierhafiz said:
    May 23, 2017 at 12:07 pm

    salam semua saye baru pakai neo 2 tahun kete tu keluar 2010,amik second je,nk tanye sikit,air cond kete saye kalo nk sejuk kite kene tekan kan?nnti kalo da bawak die tibe2 off..n die kuar angin biase je x sejuk..kenape ye???

      AJ said:
      May 23, 2017 at 1:36 pm

      on aircond campro model ni lain skit. Kena pusing konsol utk pilihan thap ksejukkan pas tu kena tekan button dkt konsol aircond 2. Klau ada lmpu nyala dekat konsol barulah angin sejuk. Klau juz pusing je mmg xsejuk r. Klau smua dah pusing pas tu dah tekan lampu pun nyala tpi xsejuk mybe filter aircond bwah dashboard dah penuh hbuk/bloower pun dh penuh hbuk tpi klau tgk xde hbuk ok je maknanya gas dh hbis pula pun klau dah tmbah gas xthan lma problem blik xsejuk ada r bcor dkt mne2. Bca betul2 penerangan ni dlu check satu2. Tekan button konsol dlu

    AJ said:
    May 12, 2017 at 11:05 am

    Ada info/pengalaman boleh kongsi dkat sni. Mana yg kurang tahu & risau akan dtg jdi mslah elok buat catitan dri info yg diperolehi utk rujukan msa depan.

    Ismawi said:
    May 8, 2017 at 1:42 pm

    Salam otai semua….satria neo saya semasa nk start susah sikit, bila dah start enjin keta pula gegar(dah periksa dapati kabel plug no3 takde api…jadi dah tukar coil dan kabel no3 dah ada api) sekarang ni enjin masih lg gegar…..bila masuk gear D enjin spt nk mati dan bila drive tekan minyak tiada power,bila lepas minyak enjin terus mati….bila nk start semula susah perlu tekan pedal minyak br boleh hidup enjin….ada tk otai2 disini tahu apa masalah neo tsebut, guna komputer pun tk boleh nk detect problem dia…harap dpt membantu semua ya terima kasih

      Max Drive said:
      May 9, 2017 at 8:46 am

      cuba periksa O2 sensor. Sensor pda header@extractor ekzos

        Ismawi said:
        May 11, 2017 at 1:42 pm

        Yg pelik kenapa komputer tk boleh nk detect apa masalah dia ya….saya dah guna 3 komputer semua tk boleh nk baca….nnti saya Cuba tgk o2 sensor pd neo NI….

          Max Drive said:
          May 11, 2017 at 2:50 pm

          02 sensor mmg kmputer xdpat detect. Cuba periksa sndri sma ada sensor 2 kotor/rosak. Klau kotor cuba bersihkan guna kain bersih/tisu dlu & try tgk keadaan cmne. Klau rsak kena tukar kos dlam bwah RM150

            AJ said:
            May 12, 2017 at 9:36 am

            Klau kotor boleh tembak guna air pressure lagi baik. Luar dlam bersih. Klau rosak tukar baru. RM150-400 bgantung jnis kereta

        neoPerak said:
        May 11, 2017 at 11:16 pm

        kalau 02 sensor rosak kereta akan jadi mcm mana?

          Max Drive said:
          May 12, 2017 at 8:08 am

          O2 rosak biasanya enjin susah start, bila tekan pedal lebih kereta xnk pergi/senggut2/enjin nk mati.

            neoPerak said:
            May 12, 2017 at 9:12 am

            kalau masalah padle pot pulak?

            Max Drive said:
            May 12, 2017 at 9:33 am

            Bro boleh baca post yg sya post berkaitan 10 jnis sensor & kesan kerosakkannya. Tq

          Max Drive said:
          May 12, 2017 at 8:36 am

          Amaran Check Engine Light pula akan muncul pada permukaan panel meter jika terdapat mana-mana sensor yang rosak.

          1) Throttle Position Sensor

          Berkedudukan atas Throttle Body,TPS digunakan untuk mengira dan menghantar isyarat nisbah campuran angin dan minyak yang betul untuk kendalian pembakaran sempurna dalam enjin.Nisbah campuran 2 angin dan 1 minyak dikawal sepenuhnya oleh isyarat ini untuk capaian enjin sempurna.Jika sensor ini rosak enjin mudah mengalami gegaran ketika panas,enjin hampir padam dan berbunyi kasar.Lampu amaran Check Engine akan muncul akibat dari kerosakan sensor ini.Selain dari menukar gerigi gear dalam throttle body sebagai sebahagian cara servis ,TPS pula boleh dibersih dan diselaraskan untuk mendapat idling enjin yang baik.

          2) Knock sensor

          Knock sensor dibelakang sebuah enjin yang berkedudukan timing belt ditepi iaitu dibawah manifold.Sensor ini kegunaannya adalah menghantar isyarat awal ke ECU secara getaran ketika enjin ingin dihidupkan.Isyarat voltage dari knock sensor akan memudahkan enjin untuk dihidupkan dan mengurangkan enjin mengalami letupan kecil ketika ignition awal.

          Keburukannya jika ia rosak adalah kehilangan kuasa ketika pecutan dan menyedut minyak bahanapi lebih banyak ketika dalam keadaan pecutan sekata seperti memandu di lebuhraya.Kereta juga sukar dihidupkan walaupun kuasa api dan minyak ada untuk pembakaran.

          3) O2 Sensor atau Exhaust Sensor

          Terletak betul2 diatas extractor ekzos dengan diselaputi satu wayar dan soket terus ke ECU.Isyarat yang diterima dari O2 sensor akan diterjemah dan meleraikan nisbah 2 minyak dan satu api untuk pembakaran,Jika nisbah campuran ini tidak dibakar habis maka lebihan oksigen yang terhasil akan menyebabkan kurangnya prestasi enjin untuk memecut dan minyak bahanapi pula akan disedut banyak lebih daripada biasa.

          4) CPS Sensor (Crankshaft Position Sensor)

          Berkedudukan berdekatan starter dan melekat pada blok enjin.Selain daripada memberikan isyarat RPM pada meter dan pecutan (engine speed),sensor ini juga menetapkan ignition timing supaya ia kekal pada kedudukannya setiap kali minyak dan api dibakar.Kuasa pecutan yang rendah dan tidak berdaya ditambah contohnya kekal pada 500-600 rpm,enjin terasa berat,enjin mati tiba-tiba dan pertambahan minyak ketara adalah sebahagian simptom kerosakan CPS sensor.Check Engine Light juga seperti biasa akan dinyalakan.

          5) Camshaft Position Sensor

          Penghantaran isyarat dari sensor ini adalah dari bahagian atas iaitu kepala silinder dan diterjemahkan untuk kawalan ignition timing (waktu sesuai untuk memercikan api) supaya sekata juga tetapi ianya adalah khas bergabung dengan kedudukan timing belt atau chain.Sedikit ketidakselarasan marking akan menyebabkan ignition timing tidak diselaraskan dengan baik.Kesannya enjin akan mengalami jerking atau tersenggut serta mudah panas dan minyak juga akan bertambah penggunaanya,

          Sensor ini terletak disebelah atas disebelah berlawan kedudukan timing belt berdekatan electronic distributor.

          Penggunaan Timing Light juga dapat memerhatikan kedudukan marking timing belt untuk mengenalpasti ignition timing dalam keadaan baik.

          6) Coolant Sensor (CTS)

          CTS adalah sensor yang amat penting dalam sistem penyejukan enjin.Isyaratnya membolehkan kadar suhu ditunjukan pada meter suhu.Kerosakannya boleh menyebabkan meter tidak menunjukan bacaan dan juga boleh menyebabkan asap hitam jika coolant amat kurang dalam radiator.

          7) MAP/MAF Sensor (Manifold absolute Pressure)

          Sensor ini digunakan sebagai pembekal angin yang banyak serta berkualiti untuk dibawa kedalam kebuk pembakaran melalui throttle body.Kedudukannya biasa dipasang atas hose panjang sebelum air filter juga sebagai tapisan tambahan sebelum angin disedut sepenuhnya oleh Throttle body.Kegagaln sensor ini berfungsi akan menyebabkan enjin bergegar dan kasar semasa dalam pecutan atau semasa berhenti ketika idle.

          8) APPS Sensor (Accelerator Pedal Position Sensor)

          Penggunaan APPS sensor adalah cara pengawalan pedal minyak tanpa menggunakan kabel,Isyarat sensor dihantar kepda ECU untuk mengawal kuasa ketika pedal minyak ditekan.Ketika pedal minyak ditekan isyarat alat ini yang berkedudukan betul2 pada pedal minyak dihantar untuk menambahkan kuasa untuk menaikan RPM dan meter pecutan.

          Kegagalan sensor ini amat mudah dikesan walaupun pedal ditekan dengan banyak meter RPM masih sedikit dan meter pecutan juga tidak boleh mencapai had maksima.Tiada cara terbaik membaikinya melainkan menukar keseluruhan alat sensor ini.

          9) Speed Sensor

          Speed sensor berada pada 2 kedudukan pada gearbox yang dipanggil input dan output.Kegagalan speed sensor ini akan menyebabkan enjin mengaum sebelum gear dimasukan,overdrive (o/d) yang lambat masuk atau tidak naik,brek yang keras.meter speedo yang bergoyang atau tidak bertambah dan overdrive yang berkelip2.Semua kegagalan speed sensor membawa kepada kemunculan check engine light.

          10) IAT(Intake air Temperature ) Sensor

          IAT sensor adalah sebahagian daripada MAP/MAF sensor dan tempelannya berkedudukan bersebelahan MAP/MAF sensor.Alatnya yang bulat diletakan bertujuan untuk mengawal suhu angin yang masuk kedalam enjin,sebab itu bentuknya seakan2 coolant sensor.ECU mengambil isyarat suhu ini dan menstabilkan campuran nisbah minyak dan angin sebelum pembakaran.

          Bujan said:
          May 23, 2020 at 1:32 am

          Assalamualaikum otai2,saya nak beli stria neo,tp kwn2 ckp byk buck.mksudnya mudah rosak itu ini.boleh ke yg dh berpengalaman pakai kereta ni bgthu skit berbaloi x nak angkat kereta tu 2020?

    Ismawi said:
    May 7, 2017 at 5:44 pm

    Salam otai semua….satria neo saya semasa nk start susah sikit, bila dah start enjin keta pula gegar(dah periksa dapati kabel plug no3 takde api…jadi dah tukar coil dan kabel no3 dah ada api) sekarang ni enjin masih lg gegar…..bila masuk gear D enjin spt nk mati dan bila drive tekan minyak tiada power,bila lepas minyak enjin terus mati….bila nk start semula susah perlu tekan pedal minyak br boleh hidup enjin….ada tk otai2 disini tahu apa masalah neo tsebut, guna komputer pun tk boleh nk detect problem dia…harap dpt membantu semua ya terima kasih

    zuluninja said:
    May 4, 2017 at 3:20 pm

    meter minyak neo cps sy kadang2 buat hal.. tgh drive tiba2 jarum meter minyak turun slow2 sampai habis ( indicator minyak menyala ).. lepas tu slowly naik balik tapi stop dekat 1 bar je ( sebelum tu minyak setengah tank = 2 bar). lepas jalan dlm 10 min/20 minit jarum naik balik ke 2 bar (kedudukan asal)..

    ada siapa2 pernah alami masalah yg sama tak? tolong share sikit mcm mana nak solve….

      Abeng said:
      May 12, 2017 at 11:01 am

      Samalah persona elegance sya pun. Baru tukar petrolpump 8bulan tbe2 meter minyak buat hal jap naik jap trun. Ada pomen ckp mslah pda float@pelampung petrol pump ada pula ckap sensor petrol pump problem tpi kedua2ni klau rosak nk kena tukar petrolpump baru plak. Ada owner yg pernah kena alami msalah ni dia ckp meter minyak yg problem. Nk tukar meter kena 1set plak dah 2 mhal. Hm xtaw pkai jelah selagi boleh n tnggu bajet je lah baru tukar sebab bnda ni xkritikal sgt.

        zuluninjaxxx said:
        June 2, 2017 at 4:07 pm

        tu la rasa mcm float minyak yang rosak.. tak check lagi kat workshop.. tapi rasa float or sensor yg problem ni..
        skang ni memang main agak2 je minyak kalau drive 😁

      Junaidi Jusoh said:
      July 19, 2022 at 12:47 am

      Satria neo 1.6 auto dgn tiba2 rpm ,temp,huruf panel gear tak kluar P,D,N cuma level myk je hidup apa masaalahnya.

    Org baru said:
    April 28, 2017 at 3:17 pm

    Lampu satria neo memang dua bulat yg kat bahagia tengah je eh yg menyala…??kalau lampu tinggi baru semua bulat tu nyala..?

      zuluninja said:
      May 4, 2017 at 3:21 pm

      sy punya pun mcm tu. so agaknya ye la kot..

      Abeng said:
      May 12, 2017 at 11:02 am

      Aah psal 2 bulat tngah utk lampu kecil mnyala bila on lampu besar baru smua nyala

    Org baru said:
    April 27, 2017 at 5:07 pm

    Hi semua..nak tanya..semua satria neo depan dia memang ada 1 bar besi melintang ke..??dia melekat kat body tapi tersorok belakang bumper depan…

      Neo Rider said:
      April 28, 2017 at 8:07 am

      Beli secondhand ke? Dah modifide 2 sma cam addjustable bar yg psang dkt mounting absober 2

        Org baru said:
        April 28, 2017 at 12:24 pm

        Dia bar petak yg duk depan radiator..panjang dri 1 lampu ke lampu satu lagi..sbb saya tengok neo yg lain mcm ada benda tu..tp saya punya mcm xda je

    neo Perak said:
    April 8, 2017 at 7:17 pm

    lampu enjin menyala,masuk gear R dan D akan jd menyentak lepas tuh bila drive enjin berat.kenapa ya?minta sape yang tau tlg komen.tq

      3H said:
      April 9, 2017 at 3:54 pm

      Mybe sensor pda gearbox. Ada kluar lmbang check engine baik scan utk dpatkan kputusan punca msalah berkenaan

        neo Perak said:
        April 9, 2017 at 4:08 pm

        owH.scan computer kata masalah pada throtle body.yg peliknya bila masuk gear R atau D akan jd menyentak dan enjin jd berat(gear xtukar).

          Alang Neo said:
          April 27, 2017 at 11:17 pm

          U punya Neo ade sistem ‘A/D Switch'(Auto Drive) ke.? If Neo u model yg ada guna sistem A/D tu, sy rasa problem tu maybe berpunca dripada sensor A/D tu pda gearbox.. neo sy ada sistem tu,tpi x pernah lgi jadi seperti problem u ni.. but my wife punya Myvi pn ada sistem A/D jgk, n problem Myvi tu skrg ni lbih kurg je sama dgn u. cuma bila time drive, jika sy push kete untuk mmotong ke,naik jln brbukit ke, ataupun bila sy
          drive trlalu laju mlebihi 110-120 km/j, mmg dia akan mnyentak. nasib2 jela, klau die nk jadi die akn jdi mnyentap tu. dlm msa yg sama, kt odometer akn mnyala naik A/D tgh ‘On’ dn mnyala jgk throtle kt odometer tu. mmg rasa berat la klau jadi, tekan cmne pn mmg xbley g. sy solve kn problem tu dgn cara bila die mnyentap, spatutnya sy kena stop brenti kt tepi jalan dlu, pastu matikn enjin then start blik, tpi sbb kn sy malas nk stop kt tepi jln, sy tukar gear D ke N, then matikn enjin pastu start blik, enjin da idop sy masok gear N tu ke D, drive spti normal. so, pndangan sy dripada problem neo u tu mybe lbih kurg sama dgn sy, sbb u kata die mnyetak then enjin jdi berat kn.? better u g pusat servis check comp. board. sblum die melarat jdi lebih teruk, lagi bnyk modal nk kena nnti. jgn jdi cm Neo sy, punca dripda Oil Pump Switch x brfungsi, mnyak x turun, blok kering, jhanam blok die. buat suma siap top,tukar rod,piston.lay blok bgi ilang calar suma, total suma 3k lbih,pergh bengkak saraf kpla. da nk stahun da dok kt bgkel x amik lgi. tu je yg boleh sy kgsi kn. klau ada yg lbih pakar, u cari la org yg betol. cina jgn caya sgt la. cina cakap mmg pndai, klau cina yg ok kerja cntik buat xpe, klau kena jnis nk sedut duit org ni,mmg die wt lbih kurg je. bnyk specialist bley rujuk, cam SPENCO n DORIS yg pndai tntg campro. kt Comunity ‘Lanun Campro’ pn bley tnya pndapat.. harap2 u dpt la jmpe cara nk solve kn prob tu.

    farhan said:
    March 25, 2017 at 7:41 pm

    assalamualaikum..sy ada masalah meter minyak pada neo campro saya..asalnya starter ada problem kemudian ada cubaan nk buat penambahan relay untk kuatkn starter..tp xmenjadi..sekarang starter dah okey sbb beli baru tp tetibe meter minyak xberfungsi..ada sesape pernah terkena tak masalah ni?? camne cara selesaikn..check wiring dan feul pump atau kne bli meter baru ke??

      Ben said:
      March 26, 2017 at 3:32 pm

      Check fius/relay fuel pump dlu. Klau ok mybe sensor float atau mter problem

        farhan said:
        March 27, 2017 at 2:15 pm

        dah test fius/relay semua..feul pump pon dah cuba yg baru masih xfungsi..huhu

          jie said:
          March 27, 2017 at 3:26 pm

          Fius@relay ok. Fuel pump pun dah tukar masih sma jwapannya meter minyak yg problem. Secondhand dlam RM200 klau baru RM420 dkt mudah.com. (Npe xcheck fuel pump dlu sblum tukar? Jual fuel pump amik meter)

            farhan said:
            March 27, 2017 at 10:23 pm

            xdela bli feul pump bru…test je kt kedai…yeke en jie second rm200..dah tgk mudah.com xde pon…kalau ade kengkawan kt sini ade meter yg nk jual bolehla sy masuk meminang..

            Jie said:
            March 28, 2017 at 10:20 am

            Ada sya tgk minggu lepas. Awak taip dkt carian mudah 2 nama meter. Org 2 jual meter persona model lama/gen 2 rm200 secondhand. Klau yg baru meter persona elegance org 2 jual rm420

            Ben said:
            March 30, 2017 at 9:23 am

            Sama je meter persona model lama, gen 2 ngn neo ni psal CPS silap2 exora CPS pun sma. Persona elegance je lain juz klau kereta 2 auto cri meter auto jgn kreta auto pkai mter mnual mmg haru r psal auto ni lebih byak sensor dri mnual.

      Alang Neo said:
      April 27, 2017 at 11:20 pm

      check fuel pump. smpai skrg ni masih x repair. sbb kadang ok je normal.. kdang xnaik.. ikut die bila msa die nk mgada jdi..haha..

        Neo Rider said:
        April 28, 2017 at 8:12 am

        Sma lah sya pun smpai skang ngada2. Isi penuh ok naik drive long distance ok tpi bila drive dkt2 n parking lama skit enjin dlam kdudukan on meter jap trun jap ok jap mnyak byak jap mnyak skit pening. Fuel pump dh tukar 1thun lpas. Ada pomen ckp mslah float tpi pham2 je r klau nk tukar float bukan cm kreta wira boleh tukar asing2 tpi kne tukar skali ngn fuel pump tpi ada pomen lain ckp plak mslah meter. Rsanya klau meter baik 1 meter trus rosak je tpi ni juz meter mnyak je. Ntah pelik2 teori pomen beza2 ni.

    Neo Perak said:
    March 20, 2017 at 11:19 pm

    lampu enjin tibe2 menyala kenapa ye?lepas off enjin akan hilang lepas tu menyala balik.

      dd said:
      March 21, 2017 at 8:05 am

      Biasalah klau off msti akan hilang sbab enjin di offkan. Try reset blik ecu dengan 2 cara.
      cara 1 cabut 3 fius@relay yg tertulis ecu seketika dan masukkan smula ecu tsebut dan start sperti biasa atau cara 1 lagi cabut negatif kabel dlm 10 mnit pas 2 psangkan blik & start enjin dlam 10 mnit juga. Klau xconfident bwa ke service center scan guna kmputer, mybe ada error code sperti sya dhulu. RM50 charger. Klau blom pernah servis throttle body buat 1x alang2 dh scan. 1x kos je. (Servis,tuning & scan dlam RM80-120)

        herfiz said:
        February 1, 2018 at 10:55 pm

        kerta sy pn lampu cek enjin nyala.bila nyala myak jdi kuat..kpa ea…

    Ben@Shelton Benjamin said:
    March 20, 2017 at 1:20 pm

    Apa2 yg otai2 atau pngguna2 share solution mbaiki knderaan sma ada scara DIY atau bngkel elok buat catitan snang akan dtg boleh reffer blik dkt catitan yg kita buat sbgai smpanan akan dtg sma ada pda diri atau org lain.

    Izamin said:
    March 17, 2017 at 5:19 am

    Salam 1 malaysia nak tumpang tanya otai2 sekalian.saya baru nak bercadang amik neo r3 2012 manual.Apa pandangan otai2 nubis dalam bidang permotoran ni.hehehehe.Satria neo ni apa lagi masalah dia ya.tak kira la masalah kecik ke besar ke cer cita sikit .harap2 otai otai dapat berkongsi ilmu.tq

      AJ said:
      March 17, 2017 at 10:18 am

      Senang cte 1 je. Nk beli kreta scondhand ye? Ok thun xjauh sgt psal 2012 ngn skarang jrak 5thun je tpi nk tnya skit lah. Npe xamik sedan je? Snang klau dh bkluarga nanti atau snang bwa mak ayah & brang2 pun boleh isi bnyak lepas 2 kena pk nk pkai utk kgunaan apa cnthnya nk pkai smpai 10-15thun lgi ke? Klau cm 2 elok amik sedan sebab kita terikat ngn loan pas 2 nk pkai lama lagi kcuali beli cash lah n mybe akan dtg nk pkai kreta lain pula hihi ni juz bual2 0 jelah tpi klau dh minat nk buat cmne kan. Silakan je.

      Ok berbalik pda soal problem. Amik manual kreta scondhnad ni bgus psal klau auto ssah skit nk jga n mcam2 ragam serta kos selenggara jika problem agak besar dri manual. Problem ikut nasib. Xkira apa jnis kreta pun klau dpt dri sejarah owner lama jga baik cermat tip top maka xde r problem kcuali yg wear n tear jelah hihi. Kadang beli kreta baru pun xsmpai brapa lma dh mula problem so smua ni ikut nasib gak especially kreta secondhand r. Klau yg baru 2 xtau nk ckap pe. Snang cte klau beli scondhand n ada modal besar skit tukar sgala part yg rsanya perlu sperti timing belt,belting,spark plug,waterpump,dll yg di rsakan perlulah xyah smpai tukar drive shaft ke absober ke 2 dh maknanya baik cari kreta yg lain je hihi. Klau boleh bwa kwan2 yg pkar/pomen yg dirasakan mahir serta boleh dpercayai msa nak beli kreta tsebut utk bantu buat kputusan sma ada ok/x kreta yg nk di ambil 2.

      (Jgn jdi sperti sya dlu masa 1st beli kreta satria enjin mivec CASH pcaya sgt ckap pak sedara knonnya bpgalaman ckp kreta ok skali dkt hgway timing belt ptus dah msa speed 100km/j dh kena granball smpai RM1k ++. Dkt hgway sja 4x buat hal.)
      1st-timing belt ptus
      2nd-alternator kong
      3rd-overhead (rdiator kong)
      4rd-piston 1biji bobos tukar sketul enjin stndart balik

      -Kbetulan pas rpair ada org nk beli trus jual atas tgan RM6.5k pas 2 pkai wira 1.6xli pula scondhand beli CASH gak RM12.4k pkai 5bulan jual psal leking dkt chasing GB mnyak GB mleleh je skang pkai P.E. baru beli loan. Alhamdulillah hmpir 4thun guna enjin still ok tip top juz problem pun minor2 jelah.

      p/s-pnjng cte hihi

        Ben@Shelton Benjamin said:
        March 17, 2017 at 2:34 pm

        Yup skong knyataan di atas.

    Neo Perak said:
    March 2, 2017 at 6:38 pm

    saya pakai satria neo tahun 2009 enjin campro.masalah kereta saya yang baru timbul td ialah tibe2 lampu lambang teko tu menyala masa bawa.ape masalah yg timbul kat situ ye?minta komen

      mekanik kereta said:
      March 20, 2017 at 8:37 am

      minyak hitam kurang 2

      Alang Neo said:
      April 27, 2017 at 11:27 pm

      kalau lambang tu naik, baik mncegah la dri awal,sbb tu la punca brmula rasa mnyesal klau x buat dri awal. pgalaman sy dri situasi yg sama dn mgkin jgk bgi pgetahuan pda yg x tahu or x penah lgi melalui situasi ni, bila naik lmbang tu dlu sy abaikan x amik serius sbb pkir kn ianya mgkin sensor atau mnyk head kurg sbb time tu head leaking..ttapi sy salah anggap, lmbang tu sbnarnya nk bgitau yg Oil Pump Switch ada something wrong. so,klau xnk mnyesal klau die jahanam kn blok anda, bawak la p check..

    somebody said:
    February 28, 2017 at 10:28 am

    Sekadar Perkongsian Sahaja.

    Berapakah Kadar Bacaan Odometer Minyak Anda? (Ron 95 RM2.30/Liter)

    5liter/100km = 20km/liter =0.12sen/1km
    5.2liter/100km = 19.2km/liter = 0.12sen/1km
    5.5liter/100km = 18.2km/liter = 0.13sen/1km
    5.8liter/100km = 17.3km/liter = 0.13sen/1km
    6liter/100km = 16.6km/liter = 0.14sen/1km
    6.3liter/100km = 15.9km/liter = 0.14sen/1km
    6.6liter/100km = 15.2km/liter = 0.15sen/1km
    6.8liter/100km = 14.7km/liter = 0.16sen/1km
    7liter/100km = 14.3km/liter = 0.16sen/1km
    7.2liter/100km = 13.9km/liter = 0.17sen/1km
    7.4liter/100km = 13.5km/liter = 0.17sen/1km (Kadar yang saya perolehi 1.6cc)
    7.6liter/100km = 13.2km/liter = 0.17sen/1km
    7.8liter/100km = 12.8km/liter = 0.18sen/1km
    8liter/100km = 12.5km/liter = 0.18sen/1km
    8.2liter/100km = 12.2km/liter = 0.19sen/1km
    8.4liter/100km = 12km/liter = 0.19sen/1km
    8.6liter/100km = 11.6km/liter = 0.20sen/1km
    8.8liter/100km = 11.4km/liter = 0.20sen/1km
    9liter/100km= 11.1km/liter = 0.20sen/1km
    9.4liter/100km = 10.6km/liter = 0.22sen/1km
    10liter/100km = 10km/liter = 0.23sen/1km

    -Kadar bacaan utk pjalanan di higway shaja Sen/Km. Jika kawasan Bandar mungkin pnambahan sbnyak 10-20% dari jumlah Sen/Km ikut jnis knderaan/cara pemanduan.
    0.17sen+10% atau 20% = 0.19sen atau 0.20sen/1km kawasan bandar.

    Bob Leman said:
    February 24, 2017 at 4:50 pm

    GEARBOX MERAGAM
    Siapa yg GB kuat meragam boleh cuba ni.
    Untuk terus menukar sesebuah gearbox kenderaan, wang ataupon kos yg terpaksa dibelanjakan adalah terlalu tinggi. Bergantung kepada sesebuah kereta, harga gearbox recond contohnya:

    Proton Wira Manual 1.5 – RM400>
    Proton Perdana Auto – RM1200>
    Perodua Myvi Auto – RM1100>
    Toyota Corolla SEG – RM850>
    Mercedes Benz E Class – RM4800>

    Kereta- kereta berjenama mewah, harga ganti gearbox juga “mewah”.

    Kalau hendak beli gearbox asal (original) daripada pengedar yang sah seperti gearbox Perodua Myvi, harganya lebih dari RM10,000. Wah! Jenuh juga hendak cari wang sebanyak itu kan?
    Selepas menggantikan dengan gearbox recond atau dari “kedai potong”, jaminan yg diberikan biasanya hanya beberapa bulan sahaja. Ada juga bengkel yg mengambil gearbox asal anda untuk ditukar kepada gearbox recond. Ada juga maklumat dari pemandu – pemandu, selepas sahaja tukar gearbox recond, pemanduan mereka amat mengecewakan. Tidak seperti semasa menggunakan gearbox asal dahulu. Ada yg merungut mengatakan tiada kuasa, tiada pick-up dan sebagainya. Apakah perasaan anda,setelah habis beribu- ribu ringgit, prestasi kereta anda tidaklah seperti yg diharapkan. Pasti kecewa bukan?

    Cubalah dahulu JV ATF-1004 Gearbox Treatment Oil. Harganya pon rendah sahaja. Mampu milik.
    MASALAH
    Adakah gearbox kenderaan anda mengalami masalah berikut?
    1. Susah masuk Gear P -> D -> R
    2. Masuk gear ada delay/ lambat engage
    3. Masuk gear tapi transmisi kasar
    4. Ada bunyi kasar
    5. Gear rasa kasar
    6. Kenderaan seolah-olah melompat sedikit bila masuk gear
    7.Warm-up 10 minit baru boleh masuk “Gear D”
    8.Gear sukar tukar dari “Free” ke “Gear 1”
    9.Oil Seal dalam gearbox dah mengeras
    10.Pertukaran gear yang tidak lancar
    11.Terasa berat semasa pemanduan
    12.Kereta kuat telan petrol
    13.Engine semput semasa mendaki bukit
    14.Engine bergegar kuat dan bising

    SABAR!!! Jangan tukar gearbox/ beli gearbox/ servis gearbox. Jangan bazirkan ribuan RM anda.

    Cuba ini dahulu:
    *Gunakan 1 Botol Untuk:
    – melancarkan pertukaran gear
    – pertukaran gear lebih lembut
    – mencegah kerosakan dalaman
    – memanjang jangka hayat gearbox
    – penjimatan petrol/diesel hingga 12%

    *Gunakan 2 Botol Untuk Merawat Masalah
    – pertukaran gear kasar dan menyentap
    – engine meraung ketika pertukaran gear
    – gear D atau R bermasalah pada waktu pagi
    – gear D atau R lambat berfungsi
    – bunyi berdengung dari gearbox
    – susah masuk gear untuk manual

    MAKLUMAT PRODUK
    – teknologi Bio Oil
    – kandungan: 100ml
    – bersifat neutral, tiada risiko
    – sesuai untuk semua jenis gearbox
    – sesuai untuk auto dan manual

    CARA PENGGUNAAN
    1. Buka penutup botol dan masukan corong yg disediakan.
    2. Tuangkan semua ke dalam ruang minyak gear
    3. Panaskan engine selama 5 minit

    *Info Tambahan:
    – kesan boleh dirasaI seawal hari pertama
    – boleh bertahan hingga sampai tempoh servis minyak gearbox
    – untuk rawatan, boleh bertahan 10,000km – 15,000km
    – tidak perlu ganti minyak gearbox sekiranya mileage masih jauh
    – 100% tiada risiko dan tiada kesan sampingan
    – tidak perlu buang minyak gearbox sedia ada

    TESTIMONI PENGGUNA
    – Lebih 100 testimoni dari perlbagai jenis kenderaan telah mencubanya.

    Honda, Toyota, Proton, Perodua, Nissan, Suzuki, Kia, Naza, Mercedes, BMW, Hyundai, Chevrolet, Audi, Isuzu, Mazda, Volkswagon, KIA, Hino, Subaru, MINI, Renault, Chery, Daihatsu, Porsche, Volvo, Scania, Tata, Hino, Peugeot, Jaguar, Ssangyong
    Cuma RM65 Sebotol
    COD Sekitar KL/PJ
    Pos Laju RM8 (Semenanjung)
    Pos Laju RM10 (Sabah & Serawak)
    Pos Laju RM85 (Brunei)
    H/P: +6017-3886607

      Qaxier said:
      February 27, 2017 at 10:00 am

      Neo vs GTI

Leave a comment