Proton Inspira

Posted on Updated on

Proton Holdings Berhad (Proton) sekali lagi berjaya melancarkan model terbaru mereka kelmarin. Model yang diberi nama Proton Inspira itu merupakan hasil kerjasama antara Proton dan Mitsubishi Motor Corporation (MMC), yang menurut Proton, Inspira terhasil bukan sekadar dari salinan menukar logo atau jenama semata-mata, atau lebih tepat lagi proses ‘rebadging’, tetapi adalah kerjasama OEM antara kedua-dua pembuat kereta itu.

Menurut Proton, 40 peratus daripada Inspira adalah hasil pembangunan Proton sendiri,dan mereka ketika ini sedang giat menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menjadikan 60 peratus daripada Inspira adalah sentuhan Proton. Dalam kenyataan sebelum ini Proton juga berkata bahawa ini adalah fasa pertama, manakala fasa kedua model itu akan menyusul setahun dari sekarang, dengan pembangunannya nanti akan menggunakan lebih banyak komponen dari vendor tempatan.

Proton Inspira telah mencipta kejayaan tersendiri buat Proton apabila tempahan awal terhadap model itu meningkat melebihi jangkaun sejak pra-pelancarannya pada 14 Oktober lepas. Melihat kepada sambutan hangat yang diberikan oleh pembeli, Proton tidak menolak kemungkinan yang model itu akan turut dieksport, oleh itu mereka ketika ini sedang meneliti perjanjian awal dengan Mitsubishi dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Semasa pelancaran, Proton telah menurunkan harga kereta Inspira sehingga RM2,000.00 seunit bagi menjadikan model terbaru itu lebih berdaya saing, selain mampu dimiliki oleh pelbagai golongan rakyat Malaysia. Proton Inspira 1.8 liter manual ditawarkan pada harga RM78,999.00, berbanding harga sebelumnya iaitu RM79,888.00 yang diumumkan sewaktu pra-pelancaran pada 10hb. Oktober lalu. Inspira 1.8 liter dengan transmisi CVT pula dijual pada harga RM84,999.00, berbanding harga asal sebanyak RM87,000.00. Model Inspira 2.0 liter CVT pula ditawarkan pada harga RM91,999.00 daripada harga RM94,000.00 seunit sebelumnya.

Sejarah ringkas Proton Inspira

Proton Inspira pada asalnya dibangunkan dari model Mitsubishi Lancer yang dijual di negara ini. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjual dua varian model itu iaitu Lancer EX dan Lancer GT. Sejak lebih dua tahun yang lepas sudah kedengaran ura-ura bahawa Proton sedang membangunkan model terbaru sedan dalam segmen C bagi menggantikan Proton Waja, namun segala-galanya menjadi teka-teki apabila pihak Proton tidak memberikan pengesahan yang tepat berkenaan model itu. Ada yang mengatakan Proton bakal membangunkan sendiri model itu bermula dari bahagian ‘Research & Development’ (R & D), ada pula pendapat yang mengatakan Proton akan melakukan ‘rebadging’ sahaja, iaitu mengambil model kenderaan dari syarikat lain dan kemudiannya memasarkannya kembali dengan beberapa perubahan kecil di bahagian luaran dan dalaman.

Namun khabar angin terawal yang bertiup kencang dan lebih dipercayai menyebut bahawa memang benar Proton akan mengulangi kembali situasi pengeluaran pertama kereta mereka iaitu Saga, apabila model pengganti Waja adalah model dari syarikat lain yang akan dikeluarkan semula oleh Proton, secara praktikalnya adalah memasang semula kenderaan dari jenama lain dengan menukar lencananya kepada Proton. Khabar angin yang tersebar ketika itu juga mengatakan model kereta yang dimaksudkan adalah Mitsubishi Lancer, yang ketika itu baru saja memasuki pasaran Malaysia. Namun berita tersebut masih lagi ‘suam-suam kuku’ kerana ketika itu tidak terdapat sebarang pengesahan tepat atau sebarang foto spyshot yang berjaya dirakamkan.

Namun kemudiannya khabar angin itu menjadi semakin panas apabila ‘spyshot’ pertama model itu di KLIA mula didedahkan di laman blog permotoran tempatan, Funtasticko Design pada 28hb. Julai tahun ini. Peminat Proton, tidak terkecuali pengkritik yang seringkali mengikuti dengan rapat perkembangan model terbaru Proton, mendapat kejutan terbesar apabila khabar angin angin atau ‘rumours’ berkenaan Proton kembali melakukan ‘rebadge’ model Mitsubishi benar-benar menjadi kenyataan. Foto-foto spyshot model pengganti Waja di KLIA tersebut dengan jelas menunjukkan bahawa itu adalah model Mitsubishi Lancer, tetapi dengan beberapa perubahan luaran dan dalaman, selain masih berbalut pelekat pita hitam di beberapa bahagian bumper depan dan belakang.

Sejajar dengan pendedahan spyshot itu, komen-komen dan kritikan pedas terhadap Proton mula diluahkan di dalam blog, laman web dan ruangan forum. Proton dikatakan telah kembali melangkah ke belakang kerana melakukan projek ‘rebadge’ untuk kenderaan terbaru mereka, walhal ketika itu Proton sudah pun mampu membina kereta mereka sendiri seperti Waja, Gen2, Savvy, Persona, Exora dan Satria Neo. Kritikan datang bertali arus dari pengkritik, dengan kebanyakannya adalah kritikan keras sehingga ada yang mengatakan Proton tidak lagi relevan dalam arus automotif global.

Namun kejutan terbesar masih lagi belum tiba, sehinggalah blog permotoran tempatan terkenal, Paultan.org memaparkan foto spyshot model pengganti Waja di Pulau Pinang. Kali ini khalayak dan peminat dunia permotoran tempatan benar-benar menerima kejutan bak tsunami kerana foto-foto spyshot tersebut dengan jelas memaparkan model pengganti Waja adalah model Mitsubishi Lancer, bermakna khabar angin yang bertiup hampir dua tahun selama ini terbukti benar. Akibatnya, komen dan kritikan yang diterima melalui post spyshot tersebut meningkat secara mendadak, dan isu Proton Waja Lancer sekali lagi dengan pantas menjadi panas di dalam pelbagai blog, laman web dan forum permotoran tempatan. Buletin Utama TV3 pada malam itu juga menjadikan berita tersebut semakin hangat dengan menyiarkan berita tentang model pengganti Waja yang diasaskan dari model Lancer.

Seperti biasa, ada pihak yang menyokong, ada pula pihak yang menentang. Ini dapat dilihat apabila kebanyakan komen-komen dan pendapat yang ditulis di dalam blog, laman web dan ruangan forum menjadi begitu hangat apabila kedua-dua belah pihak enggan mengalah. Pihak yang menyokong adalah pihak yang menerima pakai strategi Proton untuk mengisi ruang pasaran ‘niche’ mereka yang kecil. Menurut Proton, adalah mustahil untuk mereka menjana keuntungan apabila membangunkan model terbaru dalam segmen C dengan kos sebanyak RM1 billion, sedangkan pasaran dan permintaan adalah kecil. Contoh terbaik ialah pembangunan Proton Waja yang gagal mengembalikan modal walaupun kos pembangunannya mencecah RM1 billion. Jadi strategi mengeluarkan model kenderaan dari syarikat lain mampu membantu menjimatkan kos, selain memberikan keuntungan dan modal untuk Proton meneruskan pembangunan R & D model-model terbaru lain.

Isu yang dibangkitkan oleh pihak yang menentang dan mengkritik Proton pula ialah berkenaan ketidak mampuan Proton membangunkan kenderaan sendiri bermula dari lakaran dan R & D. Bagi mereka Proton telah gagal apabila berpatah balik ke belakang, sedangkan mereka mengharapkan Proton akan mengeluarkan model kereta sendiri setelah lebih 25 tahun Proton ditubuhkan oleh kerajaan. Isu lain yang sering ditimbulkan ialah berkenaan kualiti kenderaan Proton itu sendiri. Ramai yang bimbang jika model pengganti Waja adalah model yang diturunkan kualitinya (quality downgrade) dari model asal iaitu Lancer, bermakna masalah kualiti yang menghantui barisan kenderaan model Proton sebelum ini mungkin berulang. Kebimbangan itu ada asasnya kerana Proton sudah tentu akan berusaha sedaya-upaya menjimatkan kos demi untuk menjual kereta itu pada harga paling rendah.

Kemudiannya pada 3hb. September 2010, Buletin Utama TV3 telah menyiarkan berita berkenaan model pengganti Waja, di mana ditunjukkan sebuah model pengganti Waja yang ditutup dengan kain termasuk beberapa visual di dalam kilang Proton di Shah Alam yang sedang memasang kenderaan itu. Seterusnya beberapa petunjuk diberikan bahawa model tersebut dibangunkan berasaskan model Mitsubishi Lancer Fortis. Dengan berita dari TV3 itu, dunia permotoran tempatan dan peminat, termasuk pengkritik Proton semakin teruja menantikan pelancaran ‘Waja Replacement Model’ yang kini bukan lagi rahsia, di bina semula oleh Proton dari model Mitsubishi Lancer.

Setelah itu beberapa keping lagi foto spyshot Proton Waja Replacement atau Proton Waja Lancer telah terdedah di internet, menjadikan penantian untuk melihat model itu dilancarkan semakin hangat. Antara foto spyshot yang menjadi rujukan utama pada pertengahan dan hujung September 2010 yang lalu ialah spyshot yang memaparkan muka depan Waja Lancer berwarna putih dan perak. Kemudiannya spyshot model itu di Genting Highland makin memberikan gambaran berkenaan rekaan sebenar model itu.

Akhirnya pada awal Oktober 2010, Proton telah mengeluarkan kenyataan bahawa model pengganti Waja akan dilancarkan secara tidak rasmi (pra-pelancaran) pada tarikh 14hb. Oktober, dan beberapa keping foto rasmi model itu dari Proton didedahkan kepada umum. Walaupun foto-foto tersebut tidak memaparkan secara penuh model Waja Lancer itu, sudah cukup untuk membuatkan keterujaan peminat-peminat Proton kian bertambah. Tapi sebelum itu kejutan telah berlaku apabila sekeping ‘fliers’ terdedah di internet, yang memaparkan nama sebenar model baru pengganti Waja itu adalah ‘Inspira’. Ramai yang terkejut kerana tiada lagi nama ‘Waja’, sebaliknya digantikan dengan nama Inspira.

Pada hari pra-pelancaran model itu, segalanya terjawab apabila model pengganti Waja kini bernama ‘Proton Inspira’, dan menurut pihak Proton, model Inspira bukanlah pengganti Waja, sebaliknya ia hadir dalam segmen mid-sedan, iaitu di antara segmen C dan D. Namun pihak Proton mengatakan pengeluaran Proton Waja akan diberhentikan dengan pengenalan Inspira. Dengan ‘tagline’ ‘Smart Guys Get It’, dunia permotoran tempatan dan dunia online sekali lagi riuh dengan model terbaru Proton yang dikenali sebagai Proton Inspira. Teka-teki selama ini terjawab sudah, dan tempahan model itu diumumkan telah dibuka semasa majlis ‘soft-launch’ itu.

Apa yang paling menarik perhatian ialah berkenaan harga yang ditawarkan, bermula dari RM79k dan tidak melebihi RM95k. Ramai yang mengatakan harga yang ditawarkan agak mahal, namun masih berbaloi untuk dimiliki. Proton Inspira didatangkan dengan tiga varian berbeza iaitu 1.8 liter manual, 1.8 liter automatic CVT, dan model tertinggi 2.0 liter automatic CVT. Enjin yang digunakan masih lagi dari keluarga Lancer iaitu enjin 4B10 untuk varian 1.8 liter, manakala varian 2.0 menggunakan enjin berkod 4B11. Ramai yang menarik nafas lega apabila Proton tidak me’downgrade’kan enjin model itu kepada enjin Campro. Proton juga mengumumkan pelancaran penuh model itu ditetapkan pada 10hb. November 2010.

Setelah penantian yang panjang, Proton Inspira yang pada mulanya diwar-warkan sebagai pengganti model Waja akhirnya menemui rakyat Malaysia. Terdapat beberapa isu yang timbul selepas itu, antaranya ialah kekecewaan pemilik Lancer yang membeli kereta itu pada harga melebih RM120k, sedangkan model yang sama dengan memakai lencana Proton dijual di bawah RM95k. Sehinggakan ada ahli parlimen yang mengkritik Proton dan mencadangkan Proton ditutup kerana gagal membangunkan kereta sendiri, dengan alasan Proton tidak lagi relevan untuk bersaing di arena automotif global.

Bagi menjawab pelbagai tuduhan dan kritikan yang tidak pernah berhenti, pihak Proton melalui Pengarah Urusan Kumpulannya, mengeluarkan kenyataan bahawa Proton Inspira bukan semata-mata projek rebadge, sebaliknya ianya adalah model yang dibangunkan semula dengan kerjasama pengeluar automotif OEM iaitu Mitsubishi. Proton juga mengatakan strategi dunia automotif ketika ini berbeza apabila beberapa syarikat automotif saling berkongsi platform dan kenderaan yang sama untuk mengurangkan kos. Proton memberikan contoh beberapa syarikat automotif gergasi dari Jepun dan Eropah serta di Amerika Syarikat yang telah mempraktikkan amalan itu, jadi Proton tidak melakukan kesilapan apabila melakukan perkara yang sama. Perkara tersebut dipersetujui oleh ramai penulis automotif di dalam blog dan majalah permotoran tempatan.

Menjelang pelancaran rasmi Inspira pada 10hb. November 2010, pihak Proton telah memberikan peluang kepada ramai penggiat dunia automotif seperti wartawan dan blogger untuk memandu uji model itu. Ramai wartawan dan blogger yang memberikan ulasan positif berkenaan model itu, dan sedikit sebanyak keputusan Proton untuk menjelmakan semula sebuah Lancer kepada Inspira mula difahami oleh kebanyakan pihak dari pelbagai lapisan masyarakat. Pada 10hb, November lepas, Proton Inspira secara rasminya dilancarkan dengan penuh meriah di Proton’s Center of Excellence di Shah Alam, dan di semua pengedar sah Proton di seluruh negara.

Setakat post ini ditulis, Proton Inspira telah menerima tempahan melebihi 2,000 unit dan semakin bertambah, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah tempahan untuk model Inspira 2.0 CVT Premium. Tahniah diucapkan kepada Proton. Inspira adalah fenomena terbaru dari Proton.

9 thoughts on “Proton Inspira

    Rahn Razamai said:
    February 5, 2015 at 4:39 pm

    Dapatkan spare part kereta di sini ikutkiri.com harga berpatutan dan kualiti baik

    Top Niaga said:
    March 4, 2014 at 11:17 am

    tetap pilih lancer !

    jelesgst said:
    August 20, 2012 at 8:12 am

    kawan haku br beli inspira neh… nampak cantik n luas, jeles tol haku …
    nak beli tak mampu lagi

    AskWhat said:
    November 15, 2011 at 2:04 am

    Salam satu Malaysia

    Harap maaf dahulu jika sy salah bahasa atau ada yg terasa. Komen sy ni hanyalah pandangan untuk kemajuan bangsa dan negara shj. Kalo kita lihat jenama-jenama kenderaan yg lain….(First Impression) Tanggapan Pertama adalah nama. Kalo kita bandingkan jenama kenderaan, bagi sy proton adalah antara jenama yg bole dikomersialkan berbanding dgn Chery, Tata,(cth shj). tetapi masalah yg timbul…kita masih memberi nama kenderaan seperti kita mencari nama anak yg baru lahir. inspira, exora. bagi sy proton sepatutnya hentikan rebranding dan mengambil coth bmw, mercedes, mazda, honda. contoh paling mudah, mazda 1,2,3,4,5,6… arkitekturnya mudah dari segi kelas dan rekabentuk.cadangan sy, kita antara kereta yg unik memberi nama gen-2. tp kita hanya berhenti setakat tu kerana kita masih mencari cari bahasa kita. Ini hanya cdgn, kita bole mula dgn proton gen-1, gen-2, gen-3, gen-4, gen-5 mengikut kelas. bkn nama seperti nak menimang anak. Apabila nama kita dapat dikekalkan secara bergenerasi, maka semakin kuatlah bahasa atau keturunan kita. Dari situ barulah kita pergi ke rekabentuk, yg mana konsep disesuaikan dgn nama-nama td. bermula dari rekabentuk kompak, hatcback, sedan, exclusive, mpv….kemudian baru kita fikirkan kehendak rakyat dan kualiti. Sebelum tu, proton mesti berubah untuk berdaya saing di peringkat global dan mencari keuntungan dari negara luar dan memberi sumbangan kepada rakyat malaysia. kita cthhi negara jepun, kereta yg dieksport keluar bole dikatakan kurang speks berbanding apa yg dijual di dalm negara sendiri. Ini kerana keuntungan dari negara luar telah dapat menampung untuk menyumbang kepada kualiti dan produksi dalam negara sendiri. okla…cerita ni tak bole panjang -panjang …nanti tak masuk dalam pemikiran dan pemahaman. sekian .

    Khairul Hisyam said:
    November 3, 2011 at 4:34 am

    Assalamualaikum.
    Walaupun blog ni nampak macam dah lama xde orang masuk, tapi aku x kira, nak jugak tulis kat sini.
    Kereta aku, Proton EXORA yang sangat dibanggakan tu rosak pada 12 hb SEPTEMBER ari tu. SEPTEMBER tau. Sampai sekarang x siap2 lagi. Ari ni dah 3 NOVEMBER. NOVEMBER tu, bengong sangat la kalau macam ni.
    Tiap2 bulan kena bayar jugak kat bank, kereta yang under warranty lagi tu x jugak aku dapat pakai. Sial betul la macam ni.
    Dari awal lagi aku call ke Proton I Care, suh kasi cepat sikit bagi siap. Ingat aku call pakai air ke ape? Duit tau!!! Hampeh la korang2 kat Proton ni ! Hampeh!!
    So hari ni aku nak spam jugak, lantak korang la :

    Interesting F*c* of the day+
    PROTON is a car company originated in Atlantic City Under the Ocean,.
    Reason : 7 week my car got into their service center and has not yet come out. I believe that the spare part can only be taken from Atlantic during the period of time when the Atlantic City emerge from the sea. Thus, my car is still in the service center without anything happening.

    A big flying F*CK to PROTON HOLDING SDN. BHD. from me !!!!!
    7 week witout car is nothing, but having to pay for the car u can not see for 7 week is BULLSH*T you know.

    Bukan Angry Bird je yang reti nak marah tau!!!!

    Regards,
    Your customer…ooops…angry customer.
    F*CK ……

    Anonymous said:
    October 21, 2011 at 2:54 am

    salam,kawan2 sapa nak try alat jimat minyakni nie bolehla,aku dah guna kat kete aku memang terasa pickup n jimat minyak,korang bleh baca cara ia berfungsi dan beli kat websitenie http://alatjimatminyakstabilizerunit.blogspot.com ,barang sampai betul,sbb membe akupn beli brangtu kat dia sampai dalam 1 hari,original, jaminan 6 bulan,jaminan barangpun cepat sbb ada 1 membe aku beli lampu tak nyala hantar kat dia blik,terus dia hantar baru +duit climelagi,lagipun kapesiter alatni besar boleh support batery 12v-24v,kenderaan beratpun boleh guna,barang nie taksalah aku dari penang,korang leh p kat blog dia untuk maklumat lanjut macm mana ia berfungsi,barang original,bukan tiruanya,sbb aku try cabut time engine d hidupkan ,alat tu still berfungsi dan bila nak start tak perlu cabut,sbb sebelum nie aku guna fuel saver cap ayam rm50 kecik mcm pentu,bila aku lupa nak cabut sblum start terus rosak,almaklumla taiwan punya,he,he

    Anonymous said:
    July 29, 2011 at 12:14 pm

    proton harus berfikiran lebih kritikal untuk mengeluarkan sesebuah kereta.think out of the box.design a car not based on others idea.create a car that look unique and differs from other car.walaupun proton ingin meniru sedikit design kereta lain, ia tidak jadi masalah tetapi janganlah sehingga kereta itu hampir sebiji.hal ini sangat ketara.kekadang kita mendengar banyak comment daripada orang awam bahawa proton banyak meniru design kereta lain dan agak memalukan kerana seumpama proton tidak mempunyai idea tersendiri.kekadang juga hal ini menyebabkan segelintir rakyat Malaysia tidak teringin untuk memilih dan membeli kereta buatan Malaysia.harga juga memainkan peranan yang sangat penting.sekiranya harga keluaran proton baru hampir sama dengan keluaran buatan luar negara, ada yang akan memilih untuk membeli kereta buatan luar negara kerana mereka beranggapan bahawa kereta buatan Malaysia tidak setanding dengan kereta buatan luar negara apatah lagi kereta buatan Malaysia yang baru dilaksanakan itu hampir sama dengan kereta buatan luar negara.walaupun kita mengalakkan mereka untuk memilih barang buatan Malaysia, ia tidak bermakna kita dapat mengubah fikiran mereka kerana mereka telah meletakkan mindset mereka.oleh itu, keep moving forward.let outsider know proton because its own identity!

      Anonymous said:
      May 14, 2012 at 2:13 pm

      Mcm bagus je ko ni

        Anonymous said:
        January 11, 2013 at 3:15 am

        Same la ko pun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s