Proton kenalah lebih “pro”

Posted on

Semalam kerajaan Perak meluluskan cadangan membeli Toyota Camry sebagai kereta rasmi menggantikan Proton V6. Akibatnya ramai pihak yang menghentam kerajaan Perak di bawah penguasaan pembangkang itu. Tetapi bagi aku tidak adillah menghentam Nizar sahaja sedangkan sebelum ini heboh apabila kerajaan Terengganu menggunakan Mercedes Benz C200 Kompresor sebagai menggantikan V6 dengan alasan `maintenance’ tinggi.

Bagi aku bukan salah kerajaan Perak atau Terengganu berhubung keengganan mereka menggunakan kereta nasional itu. Tetapi pokok pangkalnya adalah Proton sendiri. Sebabnya aku lihat Proton selepas lebih 20 tahun masih lagi berada ditakuk lama. Aku rasa andainya Proton itu dari Korea atau Jepun, aku percaya sudah lama kereta Proton berada di atas jalan raya di US, Eropah atau negara Asia lain.

Tetapi sehingga kini Proton masih menjadi jaguh kampung. Malah sejak beberapa tahun kebelakangan ini Proton seolah-olah lesu dan kereta2 keluarannya juga semakin tidak mendapat tempat dihati pengguna tempatan. Andai harga kenderaan import tidak dikawal, sudah pasti sudah lama Proton bungkus.

Masalah utama kereta2 Proton ialah kualiti. Bayangkan bunyi pintu kereta Proton yang ditutup sahaja sudah berbeza dengan kereta import/jenama luar. Kereta Proton kalau tidak dihentak sekuat hati, pintu tidak akan ditutup rapat. Itulah pengalaman aku menggunakan kereta nasional sejak lebih 10 tahun lalu. Itu belum dikira masalah cermin tingkap dan lain-lain.

Hairannya masalah ini bukan baru tetapi sejak Proton Saga versi pertama lagi dan selepas 20 tahun dalam industri masalah tersebut masih berterusan. Begitu juga dengan V6. Bayangkan andai masalah cermin tingkap sahaja gagal diselesai oleh Proton bagaimana mereka nak kembangkan kereta tersebut sehingga setanding jenama luar lain?

Jadi mana silapnya Proton sehingga selepas 20 tahun masih lagi dengan cerita2 lama. Bukan soal untung rugi yang kita mahu tahu tetapi penyelesaian kepada masalah2 tadi. Apakah kerana Proton begitu setia menjaga kawan2 yang menghasilkan komponennya sehingga mengabaikan kualiti? Atau kerana Proton ketiadaan satu sistem untuk mengawal syarikat2 pengeluar komponen untuk menghasilkan produk berkualiti?

Bagi memastikan kereta Proton terus menjadi pilihan pengguna (bukan dari segi harga) elok benar Proton bermuhasabah diri dan mencari kelemahannya serta diselesaikan. Proton perlu lebih pro.. profesional dalam menguruskan syarikat baik segi R&D, pemasangan sehinggalah selepas jualan.

Aku tidak sanggup lagi mengalami pengalaman kedua apabila bumper kereta aku patah selepas sedikit tergesel dan kena bayar RM200 selepas 2 hari beli. Dan apabila ditanya kepada mekanik di pusat servis Proton kenapa mudah patah? Jawapannya: “Biasalah, kereta murah….!” . Mahu saja aku herdik mekanik ni sebab siapa kata harga Proton Saga murah???

Aku beli kereta Proton itu dengan hargaRM32,000 ++. Dengan pinjaman selama 7 tahun dengan syarikat kewangan ditambah dengan insterest yang dikenakan, harga kereta aku hampir RM50,000 atau mungkin lebih. Jadi dengan pendapatan bulanan RM3,000 lebih sikit tentunya harga kereta aku mahal…!!

Dan aku rasa pemikiran aku tentang Proton sama juga dengan kerajaan Perak dan Terengganu dan sekarang aku sudah menukar kereta Proton aku kepada kereta jenama import. Bukan sebab tidak patriotik tetapi kerana kualiti dan maintenance-nya. Salahkah aku??

dari http://mesintaipburuk.blogspot.com/2008/12/proton-kenalah-lebih-pro.html

13 thoughts on “Proton kenalah lebih “pro”

    routermen said:
    March 25, 2016 at 11:14 pm

    keter kebal pun boleh rosak. aku rasa korang tak reti yg kereta europah pun rosak jugak. cuma korang je tak tau sebab korang tak penah pakai.

    madam Tasantek said:
    July 6, 2011 at 3:55 am

    Suami saya pengguna Gen2 first model tahun 2004 kalau tak silap.
    setakat hari ni, memang lah …sangat tekejut sekali kalau pegi servis sume pon kena ganti, itu ganti. ini ganti. pernah ikut suami gi servis, masa tu kena tukar belt aircond (sori saya tak pasti apekah ini), atas advise pusat servis tu, ini bahaya kalau tak tukar, ini bahaya kalau biarkan lama2, macam2 lagi lah kan, suami pon setuju lah tukar dan betulkan. Nah kau! RM860.00..
    suami coOl kentang je muke die. tapi muka saya…dah tekebil2…mahalnye…
    dah lah Gen2 kuat makan minyak. nak2 lagi lepas beberapa tahun kebelakangan ni. tak tau lah kenapašŸ˜¦ ada sesiapa boleh tolong perjelaskan??

    yuss said:
    February 9, 2011 at 4:02 am

    mcam mna ye klu blog ni dibaca org luar?apa tanggapan diaorang?

    hampa said:
    September 1, 2010 at 5:17 am

    aku pakai persona m-line dah 2 tahun. dlm 2 thn tu mcm2 la masalah aku kene sattlekan. tp kire yg “small” je la..org kate kalau rosak tu, biasalah “PROTON!”..tp skrg ni kete aku dah start bergegar tahap nak roboh bile meter pg 80kmj. aku rase masalah dia adalah drive shaft. mmg popular sgt masalah ni. mane2 forum aku tgk benda sama. aku ade jugak berborak dgn engineer proton. kire org dalam la..dia kata masalah paling besar proton adalah “POLITIK”. sume nak jaga poket masing2. dari CEO sampai la ke manager jaga jamban. sume ade kepentingan masing2. selagi masalah QC ni tak sattle, kalau 50 tahun pun la proton hidup, tetap tak kemana.

    Anonymous said:
    August 21, 2010 at 10:42 pm

    kereta org2besar ni semuanya kereta impot,turun kerja kereta seponsa poton tu aja yg boleh.

    mimi said:
    February 2, 2010 at 7:36 am

    Saya baru nak book kereta proton saga. Last week dah hantar borang loan bank. Bila loan bank approve semalam, alih2 salesman saga kata saga dah naik RM 500 dari 41+++ (auto metallic). Sapa tau, betulke?

    kuiipo said:
    January 11, 2010 at 1:25 am

    betol tu..aku pakai proton baru 4 tahun,,bila check balik buku rekod maintenance dia dah dekat saploh ribu..mcm2 masalah..nak beli keta import aku x mampu pasai bulanan tinggi..kalaulah proton boleh perelokkan sikit kualitinya..

    Anonymous said:
    October 8, 2009 at 9:26 am

    sekarangney prton maybee

    Lupikirla sendiri said:
    June 19, 2009 at 4:13 am

    Satu penyesalan dalam hidup aku beli kereta proton, ingatkan beli full-specs, condition tip-top…skali hancai jugak… skang ni cermin rosak, handle pintu patah tibe2, suspension out, drive shaft rosak… what the hell… aku baru pakai 2 tahun, dah jadik macam ni..

    manpiki said:
    March 31, 2009 at 6:12 am

    bersabar separuh daripada iman..

    danny said:
    March 30, 2009 at 8:44 am

    elok ar 2,pkai keter import g tahan lama,xmudah rosak

    encik_badak said:
    March 2, 2009 at 2:06 pm

    orang proton sendiri pun belum tentu pakai kereta proton…

    mftaqiyuddin said:
    March 2, 2009 at 4:34 am

    TAK SALAH.DUIT SENDIRI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s