Krisis Nama Proton MPV

Posted on Updated on

salam. saya salah seorang dari beratus ribu rakyat malaysia yang rasa tertipu dan bodoh dengan tindakan proton memilih nama exora yang kontroversi itu. berilah alasan dari sudut manapun,teliti semula syarat peraduan menamakan mpv baru ini, benar-benar memualkan sikap para panel. adakah anda semua bodoh atau mahu memperbodohkan kami?

dalam era langit terbuka ini, satu kesilapan besar jika anda membuat keputusan yang begitu dangkal.

pemilihan nama yang terang-terang tidak menepati syarat memungkinkan proton kehilangan prospek pembeli seramai 100000 orang, yang pastinya kecewa setelah bertungkus lumus memerah otak mencari nama terbaik untuk mpv nasional pertama.sudahlah begitu, alasan yang diberi cukup mengelirukan (meloyakan) kerana tidak ada maksud tertentu, lantas apa yang diharapkan lagi untuk simbol intelektual kalau pun bukan semangat nasionalisme.

jangan berkokok menyalahkan pengguna jika tidak tertawan membeli produk proton, sedarlah, tindakan yang dibuat baru-baru ini semakin menjauhkan hati pengguna dari produk anda.

sudahlah begitu, anda menjual barangan yang belum wujud untuk dicuba. urus niaga apakah ini? sedarlah, saingan proton begitu banyak diluar sana. jangan menagih kepercayaan seandainya pihak proton sendiri mengkhianatinya.

mungkin tulisan saya agak emosional, tetapi sedarlah ini sebahagian kecil ledakan kemarahan rakyat malaysia yang cerdik dan celik.

masih tidak terlambat untuk proton membaiki kesilapan. buktikan proton bermaruah dengan menyelesaikan masalah ini atau proton semakin luput dari hati rakyat malaysia sendiri.

dari komen

19 thoughts on “Krisis Nama Proton MPV

    bissell proheat 2x said:
    May 2, 2014 at 5:30 pm

    This website is perfect. I have been searching for this type of information for about 4
    weeks. Thank you!

    stickers islam ronds said:
    July 6, 2013 at 4:18 pm

    Great work! That is the type of information that are meant to be shared across the web.
    Disgrace on Google for not positioning this put up upper!

    Come on over and talk over with my web site . Thanks =)

    sky8men said:
    December 8, 2011 at 7:07 am

    ades..tergugat iman aku nk beli saga dengan komen2 tentang kete proton ni…cancel la gni..beli myvi je la.. =)

    Hang pa Lah hantu said:
    July 6, 2011 at 3:01 am

    LOTUS=Lots Of Trouble Usually Serious
    PROTON=Powerwindow Rosak,Ohhhhh Tidak Ohhhhh No…

    Together they make a great combination..hehe

    onedtk3 said:
    December 4, 2009 at 3:42 pm

    mula2 mmg nak beli proton, tapi bila pegi sales area kat showroom… layanan cam hampeh…
    adik saya yg beli proton pun kene tipu! layanan semasa menunggu kereta utk diservis pun really bad!
    akhirnya buat keputusan beli produk perodua… everything puas hati.. layanan pekerjanya pun totally perfect.. ramai ahli keluarga, saudara mara dan rakan sepejabat yg guna produk perodua @ toyota.
    Proton needs lot of improvement!!!

      Anonymous said:
      July 14, 2010 at 8:58 am

      aku pakai 2 biji model wira, yg 1st mdel ok…lepas 6tahun baru ada hal sikit2..tapnd
      yg 2nd. wira tahun 2005..pakai 1tahun dah mcam2 hal, asik2 kena buat tyre balancing/agliment… last2 aku jual timbang.. Alhamdulilah skrng aku drive WISH,
      balancing/agliment buat 4bulan sekali,..tu pun pasal ikut aturan wpun still ok.. streeng
      tak pernah pun goyang wpun lpas lnggar lobang (yg sememangnya banyak di malaysia tercinta ne..hehe)

    danny said:
    March 30, 2009 at 8:25 am

    proton mmg teruk….servis mahal,kete malaysia tp jual kt rakyat mahal.

      Lupikirla sendiri said:
      June 19, 2009 at 4:35 am

      aku setuju dengan kau danny… bayangkan aku baru pakai gen2 1.6 fullspec, 2tahun je umurnya… setakat bawak g keje (drive10minit) then balik rumah (drive 10minit)… long distance pon sebulan sekali..itupon takdelaa jauh sgt… just jb-melaka.

      skang ni waterpump da rosak, brek belakang rosak, suspension totally out, absorber rosak, drive shaft da rosak, handle pintu patah, tingkap belakang rosak, wiring tibe2 short circuit… dan mcm2 lagi… what the hell is this… satu penyesalan teramat sangat aku beli proton.. ini pertama & terkahir…lantaklaa nak letak teknologi hape pon dlm kete proton baru, nak cakap aku takde nasionalism ke…pegi mampos.. hahaha i never trust proton anymore… kepada korang yang nak beli kete proton…haa lu pikirla sendiri..

    manpiki said:
    March 12, 2009 at 8:16 am

    aku sokong ko la bodah…ape la hampeh jadah..kritikan tu kan dapat membina.dah memang proton tu teruk.nak buat macamane..kan…kan…

    prodas said:
    March 8, 2009 at 3:39 am

    korang semua tak baik kutuk produk kereta kita…kita mesti support produk kite…kalau tak sape lagi…. nak kritik boleh tapi kritik lah secara rasonal dan membina….jangan jadi macam pembangkang tau kritik je cadangan tarak!!!!!

    nak maklumat lanjut g blog saya….kisah tentang PROTON EXORA>>>>>

    http://prodas.wordpress.com/

    erie said:
    March 6, 2009 at 2:26 pm

    Nak tau apa dia orang nak BUAT bila dia orang bina web ni…..

    dia orang nak BUAT BODOH aje…

    Dah banyak sangat data2 tentang kelemahan produk proton,
    kelemahan after sales service proton, kekurang ajaran pekerja di station service proton, dan lagi…, dan lagi….

    Tu..Hal kerajaan Terengganu tu ape cite…
    Kan BUAT BODOH aje pihak proton(gkol)

    aus said:
    March 4, 2009 at 4:34 pm

    ntah la….maybe wat web ni as a ‘voice of customer’…..
    diorang wat web ni utk dptkan feedback dr orang ramai/customer ttg produk mereka….

    proton dptkan data2 dr customer ttg problem/comment/idea yg mmbolehkan proton improve kualiti produk yg mereka hasilkan…
    tapi aku rase, mcm xder improvement pon, still org dok kata,cemuh,maki n mcm2 lagi psl kete made from proton

    APALAH NASIB KERETA PROTON???

      zasss said:
      August 23, 2010 at 12:57 pm

      btollllll

    hampehjadah said:
    March 2, 2009 at 4:11 pm

    bendul la sapa2 yg buat web nih .. nak jatuhkan industry negara… burukkan imej proton… kalau betul serius nak pebaiki proton bukan lagu ni cara dia bodo oii…. laman ini patut diharamkan saja sbb memudharatkan

      ko la bodoh said:
      March 3, 2009 at 5:11 pm

      ko la bodoh..kan kat atas tu dia dah gtau website ni nak inform kat proton apa customer x puas hati..
      macam contoh kalau kau beli nasik bungkus, tengok2 ada lipas dalam nasik..takkan ko nak senyap aje, mesti kau nak komplen..
      atau kau makan aje nasik bersama lipas tu, pastu buat bodoh….
      kalau kau bijak sangat, cuba bagitau macam mana nak improve proton?nak ketuk bilik bos proton, cakap kau nak komplen kat dia..gitu?
      itu la, kalau orang cakap bodoh, marahhhh..

        Anonymous said:
        November 20, 2010 at 9:39 am

        ko lg bodo…ada akal xmo guna…ko suruh org pikir mcmna nk improve…apahal ko sndiri xbleh pikir ke?
        kalo ko bli nasik bungkus, dlm ada lipas..ko komplain kt maner? xkan kt blogg kot? ape bangang la konih…

      zasss said:
      August 23, 2010 at 12:56 pm

      bkan masalah jatuhkan industry negara.. ko sengal ke aper
      mentang2 la keluaran negara xleh nak komen, bodoh ar lu
      dah benda terang lg bersuluh, web ni nak kasi proton tau bgus ke x kete keluaran dia
      aper ko igt ko puji proton leh perbaiki kelemahan nyer.. lancau

        Anonymous said:
        November 20, 2010 at 9:35 am

        baik korang dok luar dari mlaysia la…bangang…ape bukti yg web ni bleh kasi baik sama itu proton…pakai camry…tp xsekolah…tolol…tah tah amik rasuah bru dapat bli….

    Abe Loh said:
    March 2, 2009 at 2:42 am

    Saya setuju dengan pendapat tuan .
    Proton sama macam UMNO ..Batu nisan dah lama siap tapi
    tunggu masa ajal jer.
    Sememangnya saya dah serik dan serik serta terus serik untuk memiliki kenderaan jenama PROTON
    Sejarahnya saya pertama kali membeli proton Persona (acuan Gen2) begitu teruja sekali . Tanggal November 2007 saya mula menggunakan Persona untuk ulang alik kerja dari KL ke Muar seminggu dua kali. Tapi nak jadikan cerita selepas dua bulan guna ada je masalah bunyi semacam kat enjin , odometer dan fuel indicator walaupun lepas isi penuh kat petrol station tetapi fuel indicator baru menunjukkan tiga suku . Bila ditanya Proton Edar jawabnya benda kecik jer tapi lama ke lamaan akan neutral balik lah. Selepas 6 bulan guna benda yang sama masih tetap macam tu juga. Nak jadikan cerita saya selepas isi minyak kat Pagoh (full tank ) melalui Highway PLUS terus ke Sekudai selepas membayar tol kat Sekudai tetiba je cermin kereta tak dpt dinaikkan. Jamed . Ketika itu pula hujan lebat. Allah saja yang tahu. Lebih mengejutkan masa yang sama saya tengok penunjuk minyak pada paras E ???? terkejut lah kawan ni. Dalam keadaan hujan lebat air masuk dalam kereta tahu saja lah . Terus ke stesen petronas selepas tol tu untuk isi balik minyak dan panik dengan cermin tingkap yang tak naik. Banyak lah siri selepas itu nak cerita betapa PERIT nya memiliki biawak hidup keluaran PROTON. Genap 8 bulan maka bercerailah saya dengan PERSONA . Faktor penceraian saya yang terakhir ialah kerana layanan Proton Edar yang amat mendukacitakan dan kerana bencinya pada hanky panky servis Proton Edar sebab benda kecik pun nak settle berbulan-bulan. Saya jual lelong saja PERSONA dengan nilai RM30k ( memang tak ada nilai walaupun baru guna 8 bulan ) dan saya mulai memandu TOYOTA CAMRY model terbaru mulai Julai 2008. Barulah puas hati tak payah pening kepala nak fikirkan cermin tingkap tak naik, fuel indicator tak normal, bunyi kipas ekon dan compressor mcm kereta 70an. Body tu jangan ceritalah. Saya telah bernazar , andaikata saya bertuahlah memenangi sebuah kereta keluaran Proton daripada peraduan atau pertandingan ke ingatkan saya bahawa kereta itu akan takkan saya gunakan malahan saya akan jualkan terus kepada sesiapa yang berminat . Hasil jualannya saya sedekahkan kepada mana mana pembinaan MASJID dan 5 sen daripadanya saya serahkan kepada Pengurus Proton Edar sebagai penghargaan kepada layanan serta kualiti proton yang begitu teruk sekali.

    Jay-jay : Cukuplah Sekali.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s