kepala cerita

Posted on Updated on

Kualiti 1: Baru keluar aje dari kedai, jarum meter yang tunjuk berapa laju aku pecut tak mahu naik. Pi tukar kat kedai. Tak pa..ada waranti lagi, tak payah bayar.

Kualiti 2: Tingkap belah driver tak boleh naik. Habih reng doh tekan suis, tak mboh naik starang. Bila check tengok , pemegang kabel yang tolak naik cermin tu patah. Apa kejadahnya buat dengan plastik. Hotak hang punya proton. Pi tukar kat kedai kena RM75. Itu duit aku haramkan khas buat ko Mahalel!!!

Kualiti 3: Huhuhu..ni aku rasa cam nak nangis aje, aku tak perasan bonet kereta aku penuh air. Kalau tayar spare tu ada hidung, dah lama dia mati lemas. Pi kedai, depa suh tukar getah baru. Sampai sekarang kalau hujan air akan masuk dalam bonet. Hang suka ka? Tips: Untuk elakkan kawasan tayar spare tu penuh dengan air, bagi ruang tirisan sikit kat penutup lubang. Air akan keluar perlahan-lahan dari bonet tu. huhuhuhu…

Kualiti 4: Sampai sekarang aku rasa absorber depan belah penumpang senget. Tayar belah situ of course le botak belah dalam.

Kualiti 5: Kadang-kadang tengah-tengah hangat kereta tak mahu hidup bila starter dipulas. Kena tunggu seminit dua baru nak hidup. Apa masalah hang aaa…Ini tips dari adik aku: Kalau susah hidup, masa pulas starter tu tekan minyak sikit. Bergeliga jugak otak adik aku tu hehehhe..

Kualiti 6: Meter mileage tunggang langgang. Dah relai dari tempat duduk asal. Jarak perjalanan dah berjuta-juta batu. Jarum meter bergerak macam biasa. Rekod mileage aje yang jadi gila Khinzir!

Kualiti 7: Ini antara kualiti terbaik kereta wira aku. Ia dipanggil perancangan kewangan berhemah!! Masa aku balik dari Terengganu, lagi 30 KM nak sampai destinasi, waktu itu jam 7:15 petang sudah nak gelap. Bila buka lampu, tak nyala!! sekali lagi aku ulang TAK NYALA. Hari dah nak malam ni. Aku pasang lampu kecemasan dan pecut macam lipas kudung. Sampai kat rumah mentua aku jam dah 7:45. Gelap dah weh kawasan tu banyak hutan. Kalau apa-apa jadi waktu tu aku haramkan ngko, ngko dan ngko serta ngko yang buat kete ni makan duit aku dunia akhirat.

Pi kedai nak repair, kedai tanya ada buat modified ke tak. Mana ada…aku ni sumbang sumbing hal-hal kereta nih.. nasib baik masih ada cover waranti..takpe ko mahalel..aku ingat sampai bila-bila.

Kuliti 8: Ini cerita tangki air pula. Bocor belah atas, mungkin sebab aku mendaki masa balik ke Terengganu ikut Lebuh raya Timur Barat. Aku tak sedar air tangki tu bocor, sedar-sedar atas jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Isteri aku mengandung anak sulung. Aramak apa hal meter temperatur naik mencanak. Pasang aircond pun panas semacam. Berenti kat petronas, tunggu enjin sejuk, buka tutup tangki air tu tambah air. Tak perasan lagi ni tangki bocor ikut atas. Bocor sikit-sikit lak tu. Jalan separuh perjalanan tiba-tiba berasap enjin kereta tu. Minyak hitam dah terpercik keluar dari celah-celah enjin.

Kena tunggu kereta tunda, hang tau Mahalel berapa aku habis belanja baiki semua tu campur dengan upah tunda? Dekat RM500 wa cakap lu….

Kualiti 9: Enjin panas lagi. Meter temperatur naik mencanak. Bila jalan laju sikit, suhu turun. Bila jem, naik semula. Kebetulan baru balik dari bercuti panjang, jem kat jambatan. Menukar haluan kedepan sikit berhenti di tempat rehat. Tak tahu kenapa enjin panas. Check tangki air, masih penuh. Tunggu sampai pukul 3 pagi baru jambatan clear.

Pi baiki kat kedai. Pomen kata ohh..ini biasa.. Apa??? ini biasa! Kipas penyejuk tak berpusing bagi proton itu biasa. Tahu apa pomen tu buat? Ambik spanar besar sikit ketuk atas motor kipas tu. Baru berpusing. Ingatttt…kalau hangpa kena kat tengah jalan macam ni jangan gelabah. Ambik spana ketuk aje motor kipas tu. Mesti pusing balik punya. Tapi jangan lupa pi tukar plak nanti. Jangan jadi macam aku, sampai minyak itam keluar meleleh dari enjin baru nak pi baiki.

Nak dengar cerita lagi? Bolehhh…kami bukan along..kami cuma nak tolong..

Kualiti 10001: aku skip kualiti-kualiti yang lain. Aku nak ceritakan masalah terbaru kereta aku ni. Cermin kereta tak mahu turun lagi..kena hentak tempat elektronik belah driver kuat-kuat baru alat elektronik tu berfungsi. Dua tiga hari lepas aku tarik keluar alat tu, tengok sambungan kabel dia takut-takut ada yang longgar. Sudahnya cermin belah penumpang pulak tak mahu naik. Cermin lain ok aje. Aku rasa plastik yang pegang kabel tolak cermin naik dan turun tu patah. Ada bunyi berkeriuk-keriuk dari ruang dalam pintu kereta tu.

Itulah WIRA! Tetapi tidaklah segah namanya. Kalau setakat beli kereta untuk tunjukkan sokongan kepada industri kereta orang melayu, baik tak payah. Sedang orang melayu sendiri yang mencekik tengkuk kita, kita masih boleh bersabar ke? Belilah lagi Wira ke Waja ke apa-apa proton ke..harap-harap kualiti CEO proton yang keluarkan Exora ni tak termasuk dalam golongan CEO hampeh….

dari http://suarasa.com/

One thought on “kepala cerita

    mail kerbau said:
    October 11, 2011 at 3:25 pm

    smua masalah saudara tu berpunca dari vendor2 proton.. depa wat baragn2 low class.. proton pulak x jaga n perihantin kualiti setiap brg2 tu.. jgn kata proton, myvi aku pon kena jugak… cermin naik xleh turun2… nk servis aircon kena cabut dashboard… hahaha..bodohnye design… lg 1 pulak kereta admire setengah org2 bodo tu, toyota vios.. nk tukar motor fan, upah rm500 mak aii.. beli moto kipas x smp rm200 pon.. celaka betollll…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s