Gen2 1.6

Posted on

JOHOR BAHRU: Kegembiraan seorang pembantu jurutera memiliki kereta Proton Gen.2 1.6 liter baru, sembilan bulan lalu, tidak bertahan lama apabila kenderaan itu didakwa mula bermasalah sejak minggu pertama dibeli sehingga sekarang.

Lebih menyedihkan, Faizah Noor Fathir@Padzil, 27, berkata masalah berkaitan kualiti yang timbul itu masih gagal diselesaikan walaupun kereta dibeli pada kos kira-kira RM59,000 itu sudah acap kali keluar masuk bengkel.

“Sepanjang sembilan bulan memiliki kereta ini, masa banyak dihabiskan di dalam bengkel berbanding dia atas jalan raya kerana banyak masalah dan kerosakan yang berlaku.

“Saya membeli kereta berkenaan pada 1 Januari lalu dari wakil pengedar Proton di Skudai namun seminggu kemudian, saya mendapati karpet bumbung kereta itu terkopak dan mempunyai kesan dimasuki air.

“Saya menghantar kereta ke pusat servis Proton untuk menyelesaikan masalah itu dan selepas pemeriksaan dilakukan, pekerja pusat servis memberitahu saya terpaksa menunggu untuk mendapatkan alat ganti bersesuaian tetapi selepas kira-kira dua bulan menunggu, kebocoran itu belum dapat diatasi menyebabkan saya sekali lagi ke pusat servis untuk mendapatkan perkembangan mengenai alat ganti baru,” katanya.

Bagaimanapun, Faizah berkata, selepas bertemu dengan seorang kakitangan pusat servis berkenaan, beliau dinasihatkan supaya ke pusat servis utama di Plentong dan kerosakan itu akhirnya dibaiki.

“Pada mulanya saya menyangka masalah kebocoran sudah tiada, tetapi sangkaan saya meleset apabila mendapati kebocoran masih berlaku dan ia berlarutan sehingga sekarang.

“Selain itu, beberapa masalah lain turut timbul seperti wayar di bawah papan pemuka tertanggal sehingga menyebabkan fius untuk pengilap cermin dan radio tidak dapat berfungsi.

“Disebabkan kereta saya sering keluar masuk ke pusat servis, saya dapati berlaku beberapa kerosakan pada bahagian kereta akibat kecuaian kakitangan seperti bumper belakang pecah dan perkara itu diakui sendiri penyelia pusat servis terbabit,” katanya.

Faizah berkata, beliau sudah membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana tidak berpuas hati dengan kualiti kereta itu serta mutu perkidmatan kakitangan di pusat servis dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya pernah meminta untuk menukarkan kereta itu dengan kereta baru, tetapi difahamkan ia tidak mungkin berlaku kerana masalah yang timbul itu tidak termaktub dalam perjanjian bagi membolehkan pembeli membuat penukaran.

“Saya membeli kereta ini kerana ia buatan Malaysia, tetapi selepas beberapa lama menggunakannya baru saya tahu kualitinya yang pada hemat saya boleh menjejaskan imej kereta nasional itu sendiri.

“Jika orang lain gembira selepas membeli kereta baru, saya pula membayar ansuran RM680 sebulan untuk memiliki kereta bermasalah dan memeningkan kepala,” katanya.

Faizah berkata, beliau bercadang untuk membawa perkara itu ke mahkamah sekiranya masih belum mendapat penyelesaian terbaik daripada pihak terbabit.

dari http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/64444/Article/print_html

24 thoughts on “Gen2 1.6

    best deal on loans said:
    June 9, 2013 at 9:22 pm

    Lol I shared this as well. It’s amazing.

    best unsecured loans said:
    June 8, 2013 at 8:58 pm

    I’m sure I saw a video put on here, with some good points on this. I can’t seem to find
    the link.

    best bank loan said:
    June 6, 2013 at 7:09 pm

    So – Gen2 1.6 | Blog Kereta Nasional Proton – I wouldn’t have thought it would be as good reading as this. Now I must finally go and do some work!

    best bank loan said:
    June 1, 2013 at 2:00 am

    Off for a scan on my finger soon, can ardly type with this .
    Has anyone ever tried pressing the keys properly with a broken
    forefinger!?.

    best loans on the market said:
    May 27, 2013 at 6:25 pm

    I feel as though I could learn about this for hours, it’s absorbing. I don’t even need a tea yet.

    fast cash easy said:
    May 22, 2013 at 3:57 pm

    Good short introduction, made me read all of the post. Mine always seem to waffle on, yours is very punchy.

    benci NAP said:
    June 27, 2012 at 3:59 am

    Sebenarnya, buat pengetahuan korang, kereta honda city ke toyota vios ke harganya lebih murah dari saga. Kereta2 ni bukan kereta luxury, tapi kereta ekonomi. Tapi dek kerana nak protect Proton, gomen introduce le NAP (polisi automotif negara). Itu yang tax utk kereta2 ni melambung2 sampai gila mahal. Kalau Myvi tu kat Jepun mmg kereta ekonomi je (Daihatsu Mira, Boon). so fikir2 la salah sape kan..

      Anonymous said:
      November 1, 2012 at 4:53 pm

      salah kita juga taksub sangat dengan kerajaan BN, sampai rakyat dimain hidup2 pun masih disokong jadi pemerintah……

    wan said:
    October 5, 2011 at 9:32 am

    gerun juga dgr masalah korang.saya pemilik gen2 sejak 2006 2nd edition,setakat ini xadela major problem ckit2 adala seperti biasala:

    1.power window blakang keduanya dah ditukar kesluruhan kos rm 140.settle masalah tu.
    2.handle pintu blakang sebalah kanan patah. tukar rm 20 kat eksosori.
    3.karpet depan selaluja lembab bau masam,pegi pusat servis dia check air masuk melalui speker ,itu pun sbb sy upgrade tukar speker baru pasang power amp punya pasal. cover speker asal penahan air telah di potong oleh kdai eksesori tu nyesal plak nak marah pun tak guna sendiri y cari penyakit sendiri tanggung la. pikir punya pikir mcm ne nk jimatkan kos bt la rekaaan sendiri bli duble sided + plastik beras tebal ckit ambil kat dapor ja tampal kat dalam pintu sblh dalam blakang speker tu settle sampai skrg air xmsuk kos rm 3.00 ja ha ha.
    4. enjin mula bli memg lembab biasala xde cps/iafm. klu kat hway bedesup plak korang ckap 200km/h memang bleh dapat kita plak gayat. lepas pasang micro compresor + e.booster ok la ckit pik up dia. sbrg pengalaman bleh la kongsi

    Anonymous said:
    October 5, 2011 at 9:28 am

    gerun juga dgr masalah korang.saya pemilik gen2 sejak 2006 2nd edition,setakat ini xadela major problem ckit2 adala seperti biasala:

    1.power window blakang keduanya dah ditukar kesluruhan kos rm 140.settle masalah tu.
    2.handle pintu blakang sebalah kanan patah. tukar rm 20 kat eksosori.
    3.karpet depan selaluja lembab bau masam,pegi pusat servis dia check air masuk melalui speker ,itu pun sbb sy upgrade tukar speker baru pasang power amp punya pasal. cover speker asal penahan air telah di potong oleh kdai eksesori tu nyesal plak nak marah pun tak guna sendiri y cari penyakit sendiri tanggung la. pikir punya pikir mcm ne nk jimatkan kos bt la rekaaan sendiri bli duble sided + plastik beras tebal ckit ambil kat dapor ja tampal kat dalam pintu sblh dalam blakang speker tu settle sampai skrg air xmsuk kos rm 3.00 ja ha ha.
    4. enjin mula bli memg lembab biasala xde cps/iafm. klu kat hway bedesup plak korang ckap 200km/h memang bleh dapat kita plak gayat. lepas pasang micro compresor + e.booster ok la ckit pik up dia.

    Anonymous said:
    July 6, 2011 at 4:07 am

    proton gen2 memang bermasalah..dari kereta hingga ke pomen..buat kereta tapi susah mau di baiki..apa macam?

    Zull said:
    March 21, 2011 at 2:35 am

    Hahahaha..itulah kualiti kereta Malaysia..macam mana nak bangggakan barang buatan Malaysia kalau babnyak masalah yang banyak menyusdahkan..lebih baik beli kereta buatan jepun atau korea..kalau ada masalah BEST SERVICE..Kereta Malaysia nak tunggu lama baru selesai..lagi pun PROTON bukan nak bertanggungjawab..habis tu hutang bank nak kena bayar jugak..hampehhhhh

    Knoxx said:
    February 27, 2010 at 12:02 am

    Yang saya tahu produk proton bawah tahun 2005 kurang memuaskan. tapi selepas pengambilan CEO baru “DZAI”. Produk proton semakin baik. Terutama apabila Proton mengambil bekas pengurus qualiti BMW sebagai pengarah qualiti kenderaan proton. (sumber daripada http: http://www.paultan.org)
    Saya kini menggunakan SAGA SE. (RED DIAMOND). Memang puas hati dari segi exterior, interior, performance, dan handling..

    Kalu korang nak beli proton, saya cadangkan tgu Special Edition.. memang berbaloi-baloi..

    azri said:
    February 14, 2010 at 1:48 am

    xsemua kereta proton seburuk spt di gambarkan.dan xsemestinya kereta import sebaik seperti di hebohkan.

      effa said:
      May 4, 2010 at 4:35 am

      saya setuju. ada yg pakai proton bertahan smpi bertahun2. ade jugak yg bru je x smpi 24 jam da wat hal. ape yg sy nmpak kt sini … proton kena improve the standard of quality of their product and services. unfair … si A bayar jumlah yg sama ngn si b utk dptkan produk yg sama tp kualiti yg diterima x sama. sama2 ikut jln yg sama tp sorang smpi umah, sorang lg smpi bengkel.

      bab kete import, pulak … mgkin mslhnya tak laa seteruk mslh kete proton. as ex. pintu xleh bukak, bonet blkg xleh tutup. less is better than more. lagipun rakyat malaysia ni lebih ramai yg xmampu dr yg mampu nak bli kete import. so they have no choice. so, proton … get ready 2 hear all the cacian and komplen.

    aku bosan said:
    January 14, 2010 at 1:29 am

    aku bosan bila guna gen 2 1.3 2004……pickup klau gna aircond lembab gilerrrr……pastu radio punya suis tenggelam lak…..isk3x…td aku tersentuh pasu….ingat xder per….rupanya bumper belkang aku tercabut dh………nasib2.ak nak tukar keta baru xtau nak beli keta perrr…..xjd nak beli persona…

    aida said:
    July 21, 2009 at 1:12 pm

    aku baru je ambik proton savvy jumaat lepas,17hb Julai.Saya ni excited sebab akhirnya impian aku nak tukar keta baru setelah pakai perodua kancil sekian lamanya.aku dengan excited nya bawak la keta kancil tu ke used car yg bernama “Golden Car”kat Temerloh berdekatan dengan Hotel GreenPark.aku ambik la proton savvy tu.Malam tu,aku ngan suami aku gimakan n ronda2 la dengan keta baru yg ber plat no WSU 5701 tu..masa kat trafik lite,suami aku guna auto(sbb savvy boleh guna manual dan auto)..dah tekan D pun tak jalan2 jugak..lamala jugak..dalam 10minit baru jalan,nasib baik keta belakang tak hon kiteorg..pastu tak sampai 10minit kemudian perjalanan nya,tiba2 keta tu mati plak kata tengah jalan!!mujurlah masatu tak banyak keta n semua kenderaan slow2 je.suami aku pun berhentikan kereta tu ke tepi( mmglah berhenti sbb dah mati kan??)..mujurlah ada cina satff Golden Car tu nampak keta tu n tolong kiteog.dia bgtau bos dia n bawak jumper sekali.sbb mula2 kiteorg inagt masalah bateri,..lama gak la try nak idupkan enjin..last2 keta tu tepaksa di towing ke bengkel.malam tu.aku n suami aku balik umah naik keta salesman tu..bengang ke?mau tak bengang beb!!taksampai 24jam aku beli dah jadi camni!!
    pastu pomenkat eon kata dorg pun taktau apa masalah keta aku tu.,dorg takdpt kesan apa yg rosak..wajarkah pomen kat eon servis bagi jawapan camni?apa dorang ni main keja je kat eon servis tu>?masa aku dtg tu,aku nampak ketua pomen yg pendek tu tgh tgok2 kat komputer dia,,dia kata komputer tu hang plak..takdpt la nak checkkod keta tu.kod apa pun aku taktau la dorg ni..punyalah teruk dorg ni..n sampai hari ni keta aku tu bermalam kat bengkel dOrg!nasib baik la aku ni kerja,kalau tak tiap2hari aku gi ambush dorg!benda ni takkkan berakhir di sini je,aku mmg nak komplen habis2san!!kerajaan suh support barangan buatan malaysia,.dah kalau keluarkan
    produk yg tak berkualiti ni,sapa yg nak sokong????kalau aku ni byk duit,aku mmg tak pandang la keta proton.,sbb keta proton ni murah n keta ni je yg aku mampu pakai setakat ni,maka aku beli.aku mmh sgt2 kecewa ngan PROTON!!!

    GuaPikir_LuAdaPikirKa said:
    June 23, 2009 at 9:57 am

    Untuk pengguna proton.. perbualan & perkongsian dengan pengguna2 proton masa aku hantar service gen2 aku kat proton edar branch jalan 227 PJ, ramai yang kata wakil service proton kurang memuaskan. Tapi pusat servis OK.

    Pusat servis proton ada mekanik terlatih dan hari2 buat untuk kete proton… tapi wakil servis kengkadang mekanik pun asal boleh je.
    Pastu selalu parts tak de..

    so sejak pertama kali aku dapat keta aku.. aku hantar servis & complain kat pusat servis proton edar kat jln 227. semua komplen aku diaorang buat free of charge.

    Walaupun keta aku dah masuk 4 tahun.. tapi.. wallau eh.. aku enjoy driving gi keja setiap hari.. enjin memang ok. allignment sampai sekarang tak penah adjust, masih ok. Bawak kat highway lagi best… memang lotus ride &handling best giler.
    bawak laju pun stabil. Member aku pakai honda city.. model sebelum yang baru ni.. dia kat bwak kat highway tak berapa stabil walaupun keta mahal 2x ganda harga keta aku..

    Nasihat aku… pegi pusat servis yang proton edar, bukan wakil servis dan cepat2 komplen selagi ade warranty.

      Anonymous said:
      June 25, 2009 at 1:11 pm

      saya pakai vios, baru2 ni belikan abah honda city baru.dulu abah pakai waja.
      abah punya komen waja lebih baik dan mantap dari honda city baru ni..
      kadang2 honda ni glamer jer lebih.bila ketuk pintu honda city, macm ketuk zink kosong ajer bunyinya.tapi ketuk pintu vios bunyi padat sikit… kereta nasional okay… kereta honda sekarang gambar dan plan jer dari jepun .yang lain semua buat kaat malaysia ,, malah tempah dengan supplier yang sama dengan proton tempah.. orang malaysia termasuk saya her yang tertipu dengan nama honda tu.. baik bankrapkanhonda di malaysia dari proton bankrap.hehe

      Titi said:
      December 20, 2010 at 3:59 am

      Memang betul la beb…kereta honda city aku ni…nama je gah..tapi bila bawak..sedap lagi pesona n waja. udahle berat..nak memotong punya la susah..pastu…bila langgar bonggol ke, lopak ke..plastik dalamnya mudah berbunyi..macam bunyi anak tikus…macam bawak kereta buruk pulak..x guna betul keta honda ni…

        dr said:
        May 18, 2014 at 10:51 pm

        mesti org proton ni

    Awe said:
    June 22, 2009 at 3:40 pm

    mmm….Proton Holding perlu memeriksa tahap kualiti parts & esspecially their ‘authorized’ dealer.

    Jgn plak terlalu pentingkn kualiti kereta pasaran luar malaysia sedangkan dlm negara sendiri jadi sebaliknya.Ingat, rugutan pelanggan yang rase tertindas adalah doa yg tiada hijab dan mudah diperkenan.

    Proton perlu memeriksa tahap kualiti vendor mereka kerana jika sesuatu berlaku…vendor tersebut maybe to be discontinued from their contract but proton in long term akan dpt nama yang x baik.

    Time to time proton kena memeriksa tahap perkhidmatan after sales melalui wakil pengedar/servis mereka yang sah.jgn bila ade problem, jawapan skema plak yang diberi such as ‘ biase la tu, sila rujuk di pusat servis di… dll’.It shows your level of profesionalisme.

    Aku nak hentam kuat2 sgt pun x elok gak.nanti down plak morale proton nanti.Tapi so far bgi aku pengguna Proton Gen2 thn 2005 nie so far x de la problem sgt yang aku accounter.

    Design ok je…enjin walaupn at low-torque lembab nak mampus (esspecially naik bukit)..tapi top speed..cecah gak le dlm 200km/h (standard M/Transmission) & ramai x caye bl aku ckp nie.

    Harap nt Proton will comes with the new engine (perhaps with supercharger?-hee..hee) pikir2 kan laa yee?

    norazharali said:
    April 8, 2009 at 5:33 am

    PATAH HATI DENGAN PROTON!!!

    TIADA KEBOLEHPERCAYAAN PADA PRODUK PROTON. BARU GUNA 2 TAHUN 4 BULAN, SERVIS ON TIME, TP KERAP MASUK W/S…

    PEMBAZIRAN MEMBELI KERETA PROTON.

    KITER CUBA ‘SUPPORT’ BELI BARANG BUATAN MALAYSIA, TP KUALITI & RELIABILITY HANCUS, BEK X YAH BELI…

    mftaqiyuddin said:
    March 2, 2009 at 4:23 am

    SAMAN JE KAK.KITA BAYAR DAN KITA MAHU KUALITI DAN TAK MAHU MASALAH.HARAP PENGGUNA AKAN DATANG TAK DAPAT MASALAH SERUPA GINI ATAU LEBIH TERUK LAGI.

    BIAR LAH KALAU ADA YANG BANGKANG PUN ATAS DASAR SEMANGAT NASIONAL(KONON),TAPI KUALITI TANG TU JUGAK.KE KERETA BARISAN NASIONAL?HAHAHAHAHAHA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s