Proton MPV Exora dilancarkan

exora3
Nampaknya Proton Exora benar-benar mengotakan apa yang ada pada taglinenya – Anda Pasti Terpegun. Exora tampil

Di dalam kenderaan ini, semua mata dan telinga menjadi peka. Mahu menilai sebagus mana buatannya, selain cuba mencari apa jua kekurangan yang boleh dijadikan bahan untuk diperhalusi dan ditambah baik pada kemudian hari.

Akhirnya, majoriti yang berpeluang memegang stereng berwarna kelabu itu harus bersetuju. Ini merupakan satu kenderaan yang mampu menepati sebahagian besar ekspektasi pengguna yang tidak pernah adil.

Setelah sekian lama bereksperimentasi dengan produk untuk segmen sedan dan kompak, pengeluar kereta tempatan, Proton cuba keluar dari zon selesa itu dengan memperkenalkan model kenderaan pelbagai guna (MPV).

Ramai yang tidak sabar menanti produk daripada Proton itu. Kini, segala persoalan dan skeptikal terjawab. Malam semalam, MPV pertama binaan sepenuhnya Proton dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis yang cukup meriah di Kuala Lumpur Convention Centre.

Memilih nama Exora yang bunyinya sedikit feminin melalui satu pertandingan khas, MPV itu sememangnya menjadi medan ujian buat Proton.

Apa lagi kalau bukan untuk membuktikan kemampuannya menghasilkan satu produk yang berdaya saing. Bukan setakat dalam negara, malah melangkaui sempadan geografi Asia Tenggara.

Ini ditegaskan lagi oleh Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir yang menyifatkan pasaran domestik buat Proton meliputi negara-negara di rantau ASEAN.

Inisiatif memperkenalkan Exora dilihat tepat pada hari ini kerana MPV menjadi segmen yang paling pantas berkembang dengan angka jualan mencecah 60,000 unit setahun.

SYED ZAINAL yakin Exora menjadi pilihan bagi mereka yang mahu menukar sedan kepada MPV.

Walaupun banyak pihak beranggapan Proton sepatutnya menghasilkan model MPV sejak dahulu lagi, perlu diingatkan bahawa Proton membina model-model barunya daripada satu lakaran kasar.

Ia bukannya mengambil satu kenderaan yang sudah siap dan dipasang dengan beberapa komponen buatan tempatan serta ditampal dengan lencana Proton.

“Mungkin ada yang beranggapan Exora akan gagal seperti model Proton Juara. Tetapi, insya-Allah Exora akan diterima baik kerana ia dibina dengan penuh ketelitian dan mengambil kira segala aspek yang dimahukan daripada sebuah MPV,” kata Syed Zainal.

Exora yang dihasilkan dalam tempoh 18 bulan dan menggunakan platform serba baru dengan pelaburan melebihi RM480 juta itu sememangnya layak menerima pujian.

EXORA dijangka mampu menarik minat pembeli tempatan sebelum melebarkan pasarannya ke Asia Tenggara dan negara-negara Asia Barat dan Eropah.

Penampilan fizikalnya seakan-akan memiliki gabungan reka bentuk MPV dari Eropah dan Asia. Ia menyatukan cita rasa mereka yang gemarkan jentera continental atau dari Jepun.

Bahagian hadapannya nampak kemas dengan sepasang lampu utama yang menirus. Gril radiator yang nipis dipadankan bersama bumper yang lengkap dengan lampu kabus.

Sementara tarikan utama bahagian belakang Exora banyak tertumpu kepada rekaan perumah lampu LED yang mencecah ke bahagian bumbung.

Biarpun tidak menggunakan pintu jenis gelongsor, penumpang masih boleh keluar masuk dengan mudah kerana bukaan pintunya yang luas. Dari arah sisi, kita akan dapat melihat garis konturnya yang kemas, di samping rekaan bumbung yang mendatar.

Ini sekali gus memberikan ruang cukup luas kepada mereka yang duduk di baris tempat duduk ketiga dan walaupun untuk mereka yang berketinggian melebihi 180 sentimeter.

EXORA tidak berkompromi dengan keluasan kabin untuk keselesaan penumpangnya.

Ruang kabin Exora jelas membuktikan bahawa kualiti tidak diberi sebarang kompromi. Tidak ada lagi plastik murah di bahagian papan pemuka, corong pendingin hawa, panel sisi atau sterengnya.

Malah, material berwarna kelabu itu hadir bersama tekstur. Ia sesuatu yang baru untuk model keluaran Proton. Konsol tengah dipasang dengan unit audio berjenama Clarion, di samping tombol kawalan pendingin hawa.

Kualiti tempat duduknya juga memuaskan. Bagi memberikan ruang kargo yang luas, kerusi ini boleh dilipat dengan mudah. Cukup sekadar menarik tali di bahagian atas tempat duduknya, ruang ini boleh diratakan melalui enam konfigurasi, bergantung kepada keperluan.

Exora digerakkan oleh unit enjin berkapasiti 1.6 liter yang dihasilkan sendiri oleh pihak Proton. Enjin Campro CPS (Cam Profile Switching) yang dilengkapi dengan sistem VIM (Variable Intake Manifold) itu juga digunakan pada model sedan Proton seperti Gen2 CPS serta Waja CPS.

PAPAN muka yang kemas menggunakan warna latar hitam dan kelabu.

Inilah topik yang sering menjadi perbahasan. Adakah enjin tersebut cukup berkuasa untuk membawa beban tujuh orang penumpang sambil mendaki bukit, misalnya. Secara ringkasnya, saya boleh katakan bahawa enjin itu perlu bekerja keras untuk mencapai momentumnya.

Pendek kata, ia akan berada dalam gear ketiga agak lama bersama dengan deruman enjin yang dapat didengar agak jelas dari dalam kabin. Namun, sebaik sahaja enjin ini mula memasuki lengkuk kuasanya, bunyi keras enjin akan hilang dan jentera akan dapat berfungsi secara efisien.

Malah pada kelajuan 100 km/j, jarum rpm akan berlegar pada angka 3,000 rpm. Bagaimanapun, kuasa torknya perlu diperbaiki. Dengan kapasiti seramai enam orang, Exora terasa sedikit berat apabila hendak bergerak dari titik pegun.

Memandangkan sebuah MPV harus dipandu dalam keadaan rileks, jadi enjin Exora boleh dikatakan agak memuaskan. Saya sebenarnya tidak sabar menunggu varian Exora yang akan dilengkapi dengan enjin Campro CPS turbo.

KERUSI belakang boleh dilipat untuk menambah keluasan kargo.

Kolaborasi antara enjin dengan transmisi automatik empat kelajuan itu juga cukup baik. Anda boleh mengharapkan pemanduan yang lancar, di samping keselesaan dan tahap NVH yang begitu memuaskan.

Proton mendakwa Exora mampu bergerak sejauh 100 kilometer dengan hanya 7.2 liter petrol. Tetapi, harus diingat bahawa ia dilakukan dalam kondisi terkawal, iaitu sekitar kelajuan 90 kilometer sejam.

Bersaing dengan model seperti Nissan Grand Livina, Toyota Avanza, Naza Citra II Rondo dan Hyundai Matrix, Proton menyasarkan jualan sebanyak 2,500 unit Exora sebulan. MPV itu juga bakal membuat penampilan di Indonesia pada bulan Julai nanti, selain menjengah ke pasaran Thailand dan Asia Barat.

Exora ditawarkan dengan enam varian warna termasuklah hitam, putih, perak, biru dan coklat. Buat masa ini, anda boleh memilih Exora daripada varian Medium-Line dan High-Line bertransmisi automatik sahaja.

SKRIN lengkap dengan slot USB.

Pengumuman yang baru dibuat semalam semasa pelancarannya varianMedium-Line dijual pada harga RM69,998 di atas jalan manakala High-Line pula RM75,988.

Model High-Line hadir bersama tempat duduk kulit, sistem navigasi, cruise control dan skrin LCD, di samping pelbagai penambahan aksesori lain.

“Kami kini sedang bersedia untuk menembusi pasaran United Kingdom dan Eropah,” tambah Syed Zainal, optimis.

petikan dari kosmo online

10 comments on “Proton MPV Exora dilancarkan

  1. aku dah pegi showroom tgk exora ni..
    memang saiz dalam dia lagi besar dr livina, citra n avanza..
    memang nampak selesa..

    kalau tgk pada gaya, boleh laris macam goreng pisang..tapi x tau lah dgn economi mcm ni n dgn perodua pun nak kuar mpv dia, lagi murah lakkk tuh…

  2. imej buruk pusat servis proton cekik darah… menakutkan walaupun waranty lebih 5 tahun… proton sewajarnya black list pusat servis yg menipu pelanggan

    • pusat servis proton edar… harga servis dah standard. Boleh mintak quotation sebelum hantar servis. masa aku hantar servis 50k km, aku mintak quotation untuk servis 60k.. bukan anggaran.. tapi detail

      Tapi.. wakil servis.. aku tak tahu….. ada sesapa nak kongsi pengalaman??..

      Wakil servis …ni yang proton kena pantau prestasi…

  3. kereta ni nampak bagus kalau boleh hiasan dalamannya buat dua warna macam tone sikit bawah dengan atas warna berlawanan baru nampak canggih sikit ada class gitu.lagi buat tu cepat sikit tak ada orang tunggu sampai enam bulan booking baru dapat booking warna lain dapat warna lain katanya warna tu tak siap lagi ataupun kalau tunggu berjanggut le

  4. dulu memang teruk…tapi sekarang banyak yang dah dibaiki. dari kadar harga servis dan maintainance…kereta lain tak boleh lawan.
    pasal servis tak dinafikan sesetengah servis centre menawarkan harga yg tidak berbaloi dngan barang tapi bukan semua…kalau anda mendapat servis dan barang yg tidak setimpal dengan harga adukan sahaja pada proton servis centre tapi make sure branch! dikhuatiri barang yg diberi lain dari yg sepatutnya…dah ada pengalaman.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s