MPV Proton Diambang Kegagalan

Posted on Updated on

Bercakap mengenai pengeluar kereta nasional yakni proton yang akan mengeluarkan kereta MPV pertama negara adalah amat dibanggakan pada asalnya. Ini kerana, sebagai rakyat malaysia saya merasakan kita perlu berada sebaris dengan negara-negara lain dalam indutri permotoran.

Namun apa yang saya kesalkan adalah strategi yang digunakan oleh pihak pengurusan perniagaan proton tidak tepat dan agak ketinggalan zaman. mereka seolah-olah menggambarkan menjual kereta nasional akan laris seperti menjual goreng pisang yang boleh dibeli dengan harga satu ringgit atau dua. Hanya kerana dasar kereta nasional mereka meletakkan harapan yang begitu tinggi dengan pembelian oleh rakyat malaysia yang begitu menyokong perjuangan mereka atas dasar nasional.

Di sini saya ingin berbincang sedikit, kenapa proton akan berhadapan dengan kegagalan dalam pengeluaran MPV pertama ini.

1) Teknologi
Dari segi teknologi, proton hanya menggunakan engine campro 1.6 dengan capasiti muatan adalah 7 orang penumpang. Dengan engine yang begitu kecil dari segi cc, torque,hose power adalah amat tidak sesuai untuk muatan yang penuh di samping beban kereta itu sendiri yang bersaiz besar sudah tentunya akan akan menyebabkan engine kereta terbeban. secara tidak langsung kesan yang akan dirasai oleh pengguna adalah dari segi penggunaan minyak dan jangkahayat engine itu sendir. Berbeza dengan Nissan Livina. Kereta yang di keluarkan dengan teknologi tekini sepeti mempunyai sistem  Continues variable Timing Control (CVTC) yang mana kelebihannya adalah bertindak sebagai menambahkan kuasa semasa pemanduan.Sekiranya beban bertambah CVTC ini berupaya menstabilkan pemanduan seperti biasa tanpa membebakna engine kerana system valve yang digunkan akan meningkatkan power yang konsisten.Malah engine yang digunakankan adalam full aluminium dan ia amat ringan berbanding engine campro proton. Begitu juga dengan kerata MPVCherry Alado, buatan China yang menggunakan engine mitshubishi 2.4. Walupun ia engine yang lama, tapi stratrategi engin yang bersisi besar adalah tepat dengan konsep MPV untuk beban yang berat.

2) Harga
Dari segi harga, Proton seolah-olah ingin bertanding dengan MPV nissan livina, cherry alado dan Citra yang semua ini adalah kereta yang lahir dari luar negara yang lebih lama wujud dan lebih kehadapan dari segi teknologinya.  Harga MPV proton pada hampir 80k akan menyebabkan pengguna yang bijak akan mempertimbangkan dengan MPV yang ternama seperti nissan livina rm yang berharga  sekitar 84k.Malah ukuran yang diambil juga berdasarkan teknologi yang saya perkatakan tadi. sebagai perbandingan, kita tengok produa NAutica yang gagal memasrkan SUVnya kerana pengguna rata-rata akan memilih Toyota Rush yang harganya lebih murah dan patern yang agak sama. Secara logiknya, proton menggunakan sumber dalam negara tapi mengeluarkan dengan harga yang tinggi adalah amat tidak tepat walaupun di sini saya gagal untuk menentukan berapa kos yang diambil oleh proton. Tapi hakikatnya pengguna tidak mengambil kira kos yang tampung oleh proton tapi pengguna akan mengambil kira kos yang perlu dibayar untuk sebuah MPV yang mana terdapat pilihan lain yang harganya lebih kurang sama tapi teknologinya lebih kehadapan.

3) Masa
Masa yang kurang tepat untuk proton memasarkan MPVnya kerana tahun 2009 diambang kemelesetan ekonomi. Saat ini, Pengguna lebih berhati-hati untuk berbelanja membeli kereta baru.

dengan faktor-faktor utama di atas, saya merasakan proton akan berhadapan dengan masalah dalam melariskan proton MPVnya.Saya bukan tidak menyokong kereta nasional malah saya sendiri pun pakai kereta nasional tapi pada kadar yang saya mampu.  jadi buat pengurusan proton, sebelum membuat keputusan, anda perlu melihat semua perkara ini. Sebenarnya banyak lagi yang mempengaruhi pengguna di malaysia. antara lain adalah faktor purata pendapatan majoriti pennguna yanga mampu membeli, servis dan sebagainya. Yang saya senarikan tiga di atas adalah antara yang terpenting yang diukur oleh pembeli.

Sekian.

About these ads

47 thoughts on “MPV Proton Diambang Kegagalan

    naza4878 said:
    March 16, 2012 at 6:38 pm

    terbukti ramalan anda silap dan terlampau tersasar jauh,,..

    tengok apa jadi pada exora skang?? di iktirfa terbaik di thailand bagi kelasnya.. laku dan laris di indonesia serta thailand bahkan di malaysia pun dah berpuluh ribu berjaya dijual… bahkan aku sendiri pun pakai exora gak skang nih..

    sekarang exora keluarkan BOLD yg kuasa enjin bersamaan 2.0 cc walaupn ia hanya 1.6 cc.. selain jimat minyak.. road/insurans pun jimat gak berbanding yg berCC besar..

    exora…. MPV Sesuai untuk Semua Rakyat,. tak kira Malaysia.. indon ataupun negara lain..

    lain kali jgn dok kutuk kutuk sangat ..nanti kena telan ludah sendiri..

    ex-gen2 said:
    October 18, 2011 at 4:52 am

    AKu pernah guna Gen2 1st model. Memang mendapat pujianla bab handling. 2 thumbs up. bab speed pun boleh tahan. Pernah aku ada urgent case. 180km/j aku drive kat North-South highway, boleh dikatakan stabil la. sebab berat kot.

    Tapi sekarang tinggal kenagan disebabkan mekanik cikai repair kereta tu. makin banyak kerosakan yang timbul. Better send your proton to Proton service.

    right now,i’m planning to have my own MPV. waiting for the best 1.8cc MPV.

    mimi said:
    October 12, 2011 at 4:31 am

    kesimpulannye pakai kereta ni nak ade berkat kereta mahal ke murah ke yg penting berkat rezki ..redho mak ayah…..tu yg pentin g kete mahal camne pun…tetap de rosaknye…akhir skali doa dan tawakal dipermudahkan segala urusan…..

    zendor said:
    June 6, 2011 at 1:10 pm

    Hmmmm…FIRST comment tu…aku baca bukan berdasarkan fakta & kajian, lebih ke dengki & rasa x senang. Biasalah… . Aku gunakan Waja sejak 2004 hutang 6 tahun skrg dah habis bayar pun. Yg aku pernah repair Swicth Tingkap…mahal gak Rm 130.00. Than tukar tayar , bateri. Cukup 80K milaege buat major svc..tukar apa yg patut sblm rosak. Kos +- Rm 850.00 . Dlm masa yg sama aku pakai gak Kia Carens 1.8. MPV. minyaknya mak oii…spare parts jangan ceritalah. Pemegang pintu patah pun Rm 120.00. Alternator…Rm 950.00 . Fikir2kan lah. Dah kawin wife aku pakai Honda Ct sejak 2006. Hmmm banyak pblm gak…x yah crita lah. So pendapat aku,,,NASIB2 LA…& SAMA JE ADA KURANG LEBIHNYA….

      mamu said:
      January 14, 2013 at 7:46 am

      betul
      setiap produk tu ada kelebihan dan kekurangan sendiri

    imuk said:
    May 8, 2011 at 1:17 am

    Aku rasa ini bukan masalah mengutuk sedara-sedari, tetapi ia merupakan pandangan-pandangan yg harus diperhatikan dan diambil tindakan oleh proton. Dengan tidak menafikan beberapa kelebihan proton dan buatan anak tempatan, kelebihan yang dimiliki pasti ada juga kekurangan2 yang ada. Saya pengguna kereta toyota, juga ada keluhan2 sepanjang sy pakai keta 2, exora masih muda so mesti berani utk menerima komen2 pengguna bagi meningkatkan mutu dan service proton (exora) utk masa depan. Teruskan Exora smg dapat terus dipertingkatkan dan menjadi pilihan no. 1 di malaysia paling kurang.

    Titi said:
    December 20, 2010 at 4:15 am

    Aku rasa kauorang x yah le kutuk proton. Proton masih lagi baru. Aku yang pakai keta honda [ syarikat yang dah berpuluh tahun wujudni ] pun ada masalah. Udah le kereta berat nak mampos. Nak memotong pun susah. Aku ingat basikal pun boleh potong kereta aku ni. Bila aku bawak kat pusat servis dia kata x de masalah. Biasa je. Bila aku bawak kereta proton pesona ..sedap gila pulak…berbanding honda baru aku. Pulak tu baru x sampai 2 tahun dah karat kat bodi dia. Apa la honda ni. Menyesal x sudah beli kereta Jepun ni..

    teman said:
    November 11, 2010 at 9:55 am

    tu la..org nak guna kereta ko pun nak guna juga..dh problem baru merungut sanasini…elok ko naik basikal je..xpun jalan kaki..xda problem..huhu

      Lemon said:
      December 12, 2010 at 5:33 am

      Setiap orang ada hak untuk mempertikaikan setiap yang dibeli…ingat, hidup proton sekarang bergantung kepada orang2 seperti poji, gaban, teman dah yang lain2. Jangan sesekali memperlekehkan orang2 ni…orang2 yang selalu komplen ni la yang merancakkan ekonomi negara, so proton kena jaga orang2 ni kalau mahu terus kukuh bertapak di negara tercinta ni..layan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s